Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah terbuka Istana sempena Deepavali tarik 6,000 pengunjung

Oct 20, 2024 | 7:06 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam (berkemeja hijau) dan isterinya, Puan Jane Ittogi (dua dari kanan) bertemu dan beramah mesra dengan sekumpulan penari dari Sekolah Menengah Tampines di pekarangan Istana.
Presiden Tharman Shanmugaratnam (berkemeja hijau) dan isterinya, Puan Jane Ittogi (dua dari kanan) bertemu dan beramah mesra dengan sekumpulan penari dari Sekolah Menengah Tampines di pekarangan Istana. - Foto ST

Seramai 6,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka di Istana pada 20 Oktober sempena sambutan Deepavali.

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Puan Jane Ittogi, turut bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Rumah terbuka di Istana itu, yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 6 petang, menampilkan pelbagai persembahan dan reruai kegiatan, serta memberi peluang kepada pengunjung mengenali sejarah dan warisan melalui Jelajah Warisan Istana yang diperbaharui.

Presiden Tharman Shanmugaratnam (berkemeja hijau) dan isterinya, PuanJane Ittogi (kiri beliau) sedang meninjau Hadiah Negeri, ukiran kayu dari Côte d’Ivoire, sebuah negara di Afrika Barat
Presiden Tharman Shanmugaratnam (berkemeja hijau) dan isterinya, PuanJane Ittogi (kiri beliau) sedang meninjau Hadiah Negeri, ukiran kayu dari Côte d’Ivoire, sebuah negara di Afrika Barat - Foto ST

Lawatan Istana yang diperbaharui kini merangkumi sejarah seni bina dan warisan bangunan.

Sebelum ini ia lebih memfokuskan kepada flora dan fauna di kawasan tersebut.

Pemandu lawatan kini juga memberikan lebih banyak maklumat sejarah mengenai latar belakang Istana.

Pengunjung rumah terbuka di Istana itu juga dihiburkan dengan persembahan dari pelajar Sekolah Rendah Pasir Ris, Sekolah Menengah Tampines, Sekolah St Stephen, Sekolah Perempuan Methodist (Menengah), Sekolah APSN Chaoyang, Sekolah Tinggi Katolik dan Maktab Rendah St Andrew.

Persembahan nyanyian dan tarian adalah antara persembahan dan aktiviti yang diadakan di rumah terbuka Istana.
Persembahan nyanyian dan tarian adalah antara persembahan dan aktiviti yang diadakan di rumah terbuka Istana. - Foto ST

Buat julung kali, Rumah Terbuka Istana mempamerkan hadiah negara di bangunan Villa, menjadikannya juga kali pertama Tuan Presiden dan Puan Ittogi melihatnya di sana.

Tuan Presiden dan isteri turut menyaksikan persembahan koir oleh Sekolah APSN bersama Sekolah Katolik dan persembahan band brass oleh Sekolah St. Stephen.

Semua hasil sumbangan orang ramai yang memasuki pekarangan Istana, sesi jelajah ke bangunan utama Istana dan Galeri Warisan Istana, serta jualan cenderahati Cabaran Presiden di reruai akan disalurkan kepada badan amal yang disokong Cabaran Presiden. Hasil daripada jualan amal reruai agensi perkhidmatan sosial (SSA) pula disalurkan kepada SSA masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg