Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah terbuka Istana 20 Okt sempena Deepavali

Oct 14, 2024 | 3:54 PM
Di rumah terbuka Istana, pengunjung berpeluang mengikuti lawatan berpandu, mengetahui lebih lanjut tentang warisan dan sejarah pekarangan Istana dan menyaksikan persembahan daripada beberapa sekolah.
Di rumah terbuka Istana, pengunjung berpeluang mengikuti lawatan berpandu, mengetahui lebih lanjut tentang warisan dan sejarah pekarangan Istana dan menyaksikan persembahan daripada beberapa sekolah. - Foto TM

Istana akan dibuka kepada orang ramai pada 20 Oktober, dari 8.30 pagi hingga 6 petang, sempena sambutan Deepavali.

Pengunjung berpeluang mengikuti lawatan dan mengetahui lebih lanjut tentang warisan dan sejarah pekarangan Istana.

Sorotan menarik lawatan itu termasuk kunjungan ke Taman Jepun, Vila, Plaza Istiadat dan Taman Inklusif.

Lawatan berpandu akan diadakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin setiap setengah jam dari 9 pagi hingga 4 petang. Lawatan berpandu sendiri turut disediakan.

Di samping itu, pengunjung boleh menantikan siri persembahan seni, reruai kegiatan, reruai makanan dan minuman, serta kegiatan mesra keluarga, seperti mencari barangan tersembunyi atau scavenger hunt.

Pelajar dari Sekolah Rendah Pasir Ris, Sekolah Menengah Tampines, Sekolah St Stephen, Sekolah Perempuan Methodist (Menengah), Sekolah APSN Chaoyang, Sekolah Tinggi Katolik, dan Maktab Rendah St Andrew akan membuat persembahan khas, lapor The Straits Times (ST).

Pintu masuk ke rumah terbuka itu hanya melalui pintu utama di Orchard Road dengan stesen MRT terdekat ialah Dhoby Ghaut.

Masuk adalah percuma untuk warga Singapura dan penduduk tetap, termasuk penjaga mereka.

Bayaran masuk bagi semua pelawat lain ialah $20 bagi setiap orang dewasa dan $10 bagi setiap kanak-kanak berumur antara empat dengan 12 tahun. Kanak-kanak di bawah empat tahun boleh masuk secara percuma.

Bilangan mereka yang boleh masuk ke rumah terbuka itu mungkin dihadkan jika berlaku kesesakan atau cuaca buruk.

Terdapat bayaran tambahan untuk memasuki Vila Istana dan untuk mengikuti lawatan warisan berpandu, untuk semua pengunjung kecuali kanak-kanak berusia bawah empat tahun.

Semua hasil bayaran masuk ke pekarangan Istana, lawatan dan reruai barangan Cabaran Presiden akan disalurkan kepada badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.

Hasil daripada reruai agensi perkhidmatan sosial akan disalurkan kepada agensi itu sendiri.

Maklumat lanjut mengenai rumah terbuka boleh didapati di laman web Istana, https://www.istana.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg