Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sahur di Masjid Kassim, bukan berdulang, tapi guna baucar kedai mamak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sahur di Masjid Kassim, bukan berdulang, tapi guna baucar kedai mamak

Amalan lazim diterapkan masjid itu sejak 2018, beri baucar kepada jemaah yang boleh ditebus di kedai kopi berdekatan untuk sahur.
Apr 08, 2024 | 04:04 PM



Apabila ejen hartanah Encik Risdian Isbintara menyertai sesi qiamullail di Masjid Kassim bersama temannya baru-baru ini, beliau memerhatikan satu amalan ‘berlainan’ di masjid itu semasa menawarkan sajian sahur kepada jemaahnya, yang tidak pernah dilihat di masjid-masjid lain.

Tidak seperti yang lazimnya dijangkakan, masjid di Upper Changi Road itu tidak menyediakan sajian makanan berdulang untuk sahur.

Sebaliknya, jemaah diberi sekeping baucar makanan bernilai $5 setiap orang, untuk ditebus di kedai mamak berdekatan untuk bersahur.

“Saya rasa pelik pula. Sebab ini lain daripada yang lain. Bukannya tak selalu kita makan dekat kedai mamak, cuma ini macam masjid belanja kita makan pula!” katanya kepada Berita Harian (BH).







Pengalaman Encik Risdian, 40 tahun, itu dikongsi dalam satu pos di TikTok.

Pos itu menunjukkan pengalaman beliau dan temannya, ejen hartanah Encik Hafiz Ramlan, menyertai qiamullail di masjid itu antara 4 dengan 5 pagi.

Ia kemudian menunjukkan kedua-dua teman itu menerima baucar $5 tersebut yang boleh ditebus sama ada di Restoran Alsalam atau Al Jasra di seberang jalan.







Menjawab pertanyaan BH, Encik Sadiqul Amin, pengurus Masjid Kassim berkata daya usaha ini telah diamalkan masjid tersebut sejak kian lamanya.

Masjid itu tetap menawarkan sajian makanan berdulang bagi sesi berbuka puasa.

Menurutnya, Masjid Kassim telah menawarkan baucar bagi jemaah untuk ditebus di kedai kopi berdekatan untuk bersahur sejak 2018.

“Tujuannya adalah kami berharap dapat mengurangkan beban kepada kakitangan masjid yang perlu bertugas pada awal pagi dan pada masa yang sama membantu perniagaan di keliling masjid kami,” katanya.

“Dulu jemaah boleh pergi ke tiga restoran sebab sebelah masjid ada New Hawa, sekarang baucar itu cuma boleh digunakan di Al Jasra dan Alsalam sahaja.”







Tambah Encik Sadiqul, setiap jemaah pastinya mempunyai selera makanan tersendiri, jadi baucar tersebut memberi jemaah kebebasan untuk memilih sajian yang diingini.

Encik Risdian ketika dihubungi, memberitahu beliau menerima baucar tersebut daripada kaunter masjid sebelum menyertai sesi qiamullail sekitar 3.30 pagi.

Beliau bertanya kepada pegawai masjid yang bertugas sama ada sahur berdulang akan disediakan selepas sesi itu.

Pegawai itu berkata tidak, malah jemaah diberi baucar untuk ditebus di kedai kopi seberang jalan.

Encik Risdian membelanjakan $7 bagi satu pinggan bihun goreng mata lembu berharga $5.80 dan secawan teh ‘O’ panas berharga $1.20. Baki $2 ditambah dengan wangnya sendiri.







“Saya kira, ini juga satu langkah yang baik bagi pihak masjid sebab mereka berupaya berjimat dari segi tenaga kerja dan logistik serta dapat mengurangkan pembaziran,” kata Encik Risdian.

Ketika ditanya sama ada terdapat jemaah yang memberi aduan terhadap langkah itu seperti tidak mempunyai cukup masa bersahur sekiranya bilangan jemaah ramai, Encik Sadiqul berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima aduan seperti itu.

“Sesi qiamulail kami pun ditetapkan berakhir pada 5 pagi supaya memberi jemaah cukup masa untuk bersahur,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >