Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Cabaran tiga sekawan: Siapa gulung tikar paling pantas lepas tarawih?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Cabaran tiga sekawan: Siapa gulung tikar paling pantas lepas tarawih?

Mar 18, 2024 | 03:51 PM



Tugas menggulung tikar sembahyang mungkin satu kerja ‘bosan’ tatkala pada waktu lewat malam apabila jemaah sudah pulang selepas mendirikan solat tarawih pada Ramadan.

Namun bagi tiga rakan muda yang melibatkan diri sebagai anggota belia satu kumpulan kariah di Tampines, mereka memutuskan untuk membuat kerja itu lebih seronok dengan mencabar satu sama lain: Siapa boleh gulung tikar paling pantas.


Dinamakan ‘tarawih-lympics’, iaitu gabungan solat tarawih dan sukan Olimpik, tiga belia tersebut merancang ‘pertandingan’ tersebut apabila bertemu semula pada malam tarawih pertama pada 11 Mac lalu untuk menyediakan tempat solat di kolong Blok 450 Tampines Street 42.

“Kami saja-saja lakukan cabaran ini untuk lihat siapa yang gulung tikar paling pantas lepas tarawih, sebab bila lagi kami dapat bertemu seperti ini kalau tidak pada Ramadan,” kata Encik Muhammad Khidir Zakaria, 24 tahun, salah seorang anggota kumpulan ‘tiga abdul’ itu kepada Berita Harian (BH).







Encik Khidir telah memuat naik video beliau dan teman-temannya, melakukan cabaran itu di TikTok sehingga menarik lebih 47,000 tontonan.

Dalam video berlangsung 30 saat itu, tiga rakan tersebut masing-masing kelihatan menggulung tikar dengan sedaya upaya hinggakan mereka mula berasa ‘pancit’.

Salah seorang daripada mereka, Encik Luqman Nur Hakim Baithullah, 26 tahun, muncul sebagai juara.

Encik Khidir pula menyelesaikan tugas itu dengan perlahan.







Ketika ditanya mengapa beliau melakukan kegiatan itu dan melibatkan diri sebagai anggota kumpulan kariah, Encik Khidir berkata:

“Sebenarnya secara peribadi, saya dan teman-teman menjadi relawan kumpulan kariah ini sejak saya berada di sekolah rendah.”

“Jadi peluang untuk bertemu semula dengan teman-teman saya dalam kumpulan kariah ini setiap Ramadan seolah-olah memberi kami peluang menghidupkan kenangan masa lampau itu.”

Encik Khidir menceritakan dahulu sewaktu beliau dan teman-temannya masih kecil lagi, selain mendirikan solat, mereka juga kerap bermain sehingga pernah dimarah jemaah lain.

“Kami seperti satu keluarga di sini dan setiap Ramadan apabila bantuan diperlukan untuk menyediakan tempat solat tarawih atau Aidilfitri, kami akan luangkan sedikit waktu daripada jadual sibuk masing-masing demi kerja amal ini,” tambah Encik Khidir, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).







Encik Khidir berkata tugas anggota kariah mula setiap hari seawal 2 petang, apabila mereka yang mempunyai waktu lapang mula membersihkan dan membentangkan tikar di tempat solat itu.

Selepas Maghrib, anggota yang baru pulang daripada kerja masing-masing pula akan turun untuk menyediakan minuman, bagi jemaah, serta persiapan terakhir sebelum azan Isyak.

Tugas kariah sering berakhir antara 10.30 dengan 11 malam apabila kesemua tikar solat telah digulung dan disimpan rapi.







Menurut Encik Khidir, apa yang mendorongnya untuk terus berkecimpung sebagai relawan adalah peluang untuk berbakti serta mendekatkan diri dengan masyarakat Islam di sini.

Beliau juga berharap lebih ramai anak muda menjadi relawan dalam kumpulan kariah bagi mengekalkan daya usaha itu selain satu peluang melakukan kerja amal demi masyarakat.

“Kerja ini memberi perspektif unik, iaitu kami diharapkan menawarkan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa, lebih lagi sambil meraih ganjaran pada bulan suci ini,” ujar beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >