Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Salah lahir dukacita terhadap Gaza dalam mesej sempena Krismas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah lahir dukacita terhadap Gaza dalam mesej sempena Krismas

Dec 26, 2023 | 03:17 PM



MESIR: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, berkata pada 25 Disember bahawa keluarga yang sedang berduka di Gaza tidak seharusnya dilupakan.


Beliau menyampaikan mesej tersebut dalam ucapan sempena perayaan sambutan Krismas yang penuh emosi. Ucapan itu merupakan kali kedua beliau mengulas tentang konflik Israel-Palestin itu. 

Salah, yang memuat naik gambar pokok Krismas hitam putih di laman sosialnya, menyatakan bahawa beliau rasa berat hati dalam musim perayaan pada 2023 ini disebabkan pertempuran yang berlarutan di Gaza. 

Israel menyatakan kumpulan Hamas telah membunuh lebih 1,400 individu dan mengambil 240 sebagai tebusan dalam serangan pada 7 Oktober. 

Menurut pihak berkuasa di Gaza, serangan balas Israel ke atas Gaza pula telah mengakibatkan lebih 20,400 kematian dan 50,000 yang lain cedera.

Salah berkata: “Dengan perang yang kejam di Timur Tengah, terutama kematian dan kehancuran di Gaza, kita menyambut musim perayaan tahun ini (2023) dengan hati yang sangat berat.

“Kami turut berkongsi kesedihan mereka yang berduka atas kehilangan keluarga yang tersayang.” 

“Mohon jangan lupakan mereka,” tulis Salah kepada lebih 63 juta pengikutnya di laman sosial Instagram dan hampir 19 juta di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Salah, 31 tahun, adalah antara penjaring terbanyak dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.


Awal sebelum ini, beliau menerima kritikan di Mesir setelah berdiam diri lebih seminggu selepas perang tersebut bermula. 

Ramai peminat membandingkan sikap Salah dengan atlet Arab yang lain, di mana mereka lebih vokal dalam situasi tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >