Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SalamSG tawar tiga jenis ternakan untuk korban luar negara pada 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SalamSG tawar tiga jenis ternakan untuk korban luar negara pada 2024

Mar 26, 2024 | 05:58 PM



Buat julung kalinya, SalamSG akan menawarkan tambahan dua ternakan – lembu dan anak kambing biri-biri – selain kambing biri-biri untuk umat Islam setempat mengerjakan ibadat korban di luar negara pada 2024.

Langkah itu diambil bagi menyediakan lebih banyak pilihan ternakan dan memudahkan akses amalan korban kepada lebih ramai orang, menurut jawatankuasa kecil SalamSG Korban.

Dalam satu kenyataan pada 26 Mac, SalamSG Korban, yang berada di bawah gerakan SalamSG 2024 iaitu inisiatif menggalak masyarakat Islam setempat untuk bersama-sama meningkatkan amalan baik, berkata:

“Menyediakan pelbagai pilihan ternakan boleh menjadikan amalan korban lebih mudah diakses kepada segmen masyarakat yang lebih luas kerana ia memenuhi kemampuan dan pilihan pemakanan yang pelbagai.”

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada masyarakat Islam di sini, tambah jawatankuasa kecil itu.

Pada 2024, sejumlah 52 masjid setempat di bawah usaha SalamSG Korban akan menawarkan perkhidmatan korban luar negara sempena Hari Raya Aidiladha. Tahun ini, Hari Raya Aidiladha dijadual jatuh pada 17 Jun.

Penyembelihan ternakan akan dikendalikan di Australia pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik (10 hingga 13 Zulhijah), kata jawatankuasa kecil itu.

Daging kemudian akan disejukkan sebelum ia diterbangkan ke Singapura dan diedarkan kepada sohibul korban, atau mereka yang melaksanakan ibadat korban, dan penerima manfaat lain, ujarnya lagi.


Harga bagi setiap ternakan pada 2024 juga telah ditetapkan.

Harga seekor kambing biri-biri adalah $360, manakala seekor anak kambing biri-biri adalah $375. Sohibul korban pula perlu membayar $375 untuk satu pertujuh seekor lembu.


SalamSG Korban berkata harga ternakan tahun ini adalah “setanding” dengan harga yang ditawarkan pada 2023. Pada 2023, sohibul korban membayar antara $360 dengan $380 untuk seekor kambing biri-biri.


Slot untuk perkhidmatan korban akan diperuntukkan berdasarkan yang dahulu didahulukan, dengan pendaftaran telah dibuka pada 26 Mac dan akan ditutup pada 8 Jun.

Mereka yang ingin melakukan korban boleh sama ada mendaftar secara fizikal dengan mengunjungi salah satu daripada 52 masjid yang mengambil bahagian, atau berbuat demikian secara dalam talian di www.ourmasjid.sg/korban, yang turut menyenaraikan masjid-masjid yang terlibat tahun ini.

Selain memilih masjid bagi ibadah korban, sohibul korban juga dapat menentukan bahagian daging yang mereka ingin ambil – sama ada satu pertiga, dua pertiga atau bahagian penuh, kata SalamSG Korban.


Mereka juga boleh melihat baki ternakan yang sedia ada di setiap masjid yang mengambil bahagian di laman web.

Pemohon yang berjaya akan menerima daging yang dibeku dan siap dibungkus selepas Hari Tasyrik, kata jawatankuasa kecil itu.

Korban hidup akan kekal dikendalikan di Singapura seperti tahun-tahun sebelumnya dan beberapa masjid telah dikenal pasti sebagai premisnya, kata SalamSG Korban.

Ia akan dijalankan sepenuhnya oleh Vendor Korban yang Diluluskan (AKV), dengan masjid hanya menawarkan premis dan ruang untuk disewa mereka. 

Butiran lanjut akan diumumkan oleh AKV yang terlibat dalam masa yang ditetapkan, tambah jawatankuasa kecil itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >