Topik diikuti
Pergi ke BHkuSambutan hari tanpa kereta di Joo Chiat tarik 5,000 pengunjung
Sambutan hari tanpa kereta di Joo Chiat tarik 5,000 pengunjung
Lebih 5,000 orang hadir untuk meninjau pelbagai tawaran daripada sekitar 90 peniaga yang membuka gerai di sepanjang Joo Chiat Road pada 3 Oktober sempena Hari Tanpa Kereta Sedunia.
Dari 3.30 petang hingga 9.30 malam, kawasan antara Dunman Road dengan East Coast Road ditutup sementara kepada lalu lintas.
Ini merupakan kali pertama kawasan di luar Kawasan Pusat Bandar (CBD) ditutup kepada kereta dan kenderaan lain sempena Hari Tanpa Kereta Sedunia.
Ia adalah acara tahunan yang menggalakkan orang ramai di seluruh dunia meneroka kaedah perjalanan yang lebih mampan tanpa menggunakan kereta.
Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, yang telah beramah mesra dengan orang ramai, berkata bahawa berjalan kaki serta berbasikal membolehkan orang ramai meneroka kejiranan biasa mahupun yang baharu.
Pada 2025, syarikat media asal Britain, Time Out, menyenaraikan Joo Chiat Road sebagai salah satu daripada 15 jalan paling menarik di dunia.
Antara kegiatan yang dianjurkan sempena Hari Tanpa Kereta Sedunia termasuk persembahan muzik, bengkel yoga, mencuba sukan Muay Thai, perkhidmatan dandanan haiwan peliharaan, permainan bagi kanak-kanak serta pelbagai reruai makanan.