Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sambutan Tahun Baru Cina di USS, Suntec dan VivoCity bersama keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Tahun Baru Cina di USS, Suntec dan VivoCity bersama keluarga

Feb 06, 2024 | 05:30 AM



Sambut Tahun Baru Cina dengan kegiatan keluarga ini.

DreamWorks
Lunar Light Up

Lihat Panda Po, Master Shifu dan Tai Lung yang menjadi sebahagian daripada barisan pameran tanglung di DreamWorks Lunar Light Up.


Rakan baru Po, Zhen, musang dari filem Kung Fu Panda 4 juga terdapat di sana. Filem itu akan ditayangkan di pawagam pada 7 Mac.


Tanglung-tanglung yang diilhamkan daripada filem animasi DreamWorks seperti How To Train Your Dragon (2010 ke 2019) dan Madagascar (2005 ke 2012) juga terdapat di SoundStage 28 di Universal Studios Singapore (USS).


Pameran itu akan berlangsung hingga 25 Februari, bersama program Tahun Baru Cina yang lain.

Ini termasuk persembahan oleh watak Kung Fu Panda di Pentas Hollywood Lagoon dan persembahan tarian naga di Perpustakaan Awam New York.


Anda juga boleh mengambil gambar bersama watak animasi seperti Elmo dan Abby Cadabby, yang berpakaian tradisional Cina.

Tiket untuk ke taman tema itu berharga $98 untuk dewasa dan $78 untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Setiap tiket disertakan dengan baucar beli-belah $5 dan hidangan kombo di restoran terpilih.

Naga dalam taman

Petik gambar keluarga anda di plaza terbuka VivoCity yang dihiasi dengan ‘pokok’ bunga sakura dan pameran naga setinggi enam meter.

Pameran itu berlangsung hingga 24 Februari.

Anda boleh berkongsi foto dengan saudara-mara dan rakan, serta pelekat GIF bertemakan naga.

VivoCity telah bekerjasama dengan pengilustrasi tempatan, Candice Phang, untuk mencipta pek ucapan perayaan, yang boleh dimuat turun dan digunakan di WhatsApp dan Telegram secara percuma.

Anda juga boleh menikmati makanan lazat dan membeli hiasan rumah di gelanggang pusat beli-belah di tingkat 1 VivoCity.

Pesta perayaan itu dijangkakan sebagai yang kedua terbesar di Singapura, dengan 48 jenama tempatan dan luar negara.

Maklumat lanjut di laman web, str.sg/jMKs.


Lego naga dan
bunga mawar

Nikmati permainan bertema Lego secara percuma seperti Auspicious Lucky Bubbles dan Drum Up The Dragon di atrium Menara 1 dan 2 di Suntec City sehingga 25 Februari.

Pada 17,18, 24 dan 25 Februari dari 2 hingga 6 petang, cari maskot Lego bersaiz sebenar yang akan berada di sekitar Suntec City untuk menerima sampul merah.

Lego juga telah mengeluarkan set Perayaan Tradisional Cina tahunan keenamnya.

Lego utama daripada set tersebut ialah Auspicious Dragon ($129.90), yang bukan sahaja menyeronokkan untuk dibina oleh kanak-kanak yang lebih tua, malah berfungsi sebagai hiasan perayaan untuk rumah.

Selain itu, antara set terkininya ialah Bouquet of Roses ($89.90) – terdiri daripada 12 mawar merah dan empat tangkai bunga-bunga kecil dan halus iaitu ‘baby’s-breath’.

Terdapat juga set Tiny Plants ($79.90) dengan sembilan pasu tumbuhan yang comel seperti ‘Venus flytrap’ dan banyak lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >