Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sambutan Tahun Baru: Polis sedia lampu urus orang ramai di Marina Bay

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Tahun Baru: Polis sedia lampu urus orang ramai di Marina Bay

Dec 30, 2023 | 04:29 PM



Unjuran cahaya dan bunga api akan menjadi tarikan kemuncak pada acara sambutan malam Tahun Baru 2024 di Marina Bay pada 31 Disember.

Polis juga buat pertama kalinya akan menggunakan lampu gubahan mereka sendiri pada acara Malam Tahun Baru itu.

Namun deretan lampu LED yang disediakan sebagai sebahagian daripada projek polis itu adalah untuk memperbaiki kaedah pengurusan orang ramai, dan akan digunakan di kawasan Marina Bay semasa acara itu.

Acara seumpama itu telah disaksikan sekitar 500,000 orang semasa sambutan pada Disember 2022.


Lampu landasan LED, yang merupakan set lampu berkelip mudah alih, akan diletakkan di permukaan tanah dalam kawasan Taman Tugu Peringatan Perang untuk menerangi laluan dan panduan bagi orang ramai bergerak ke arah yang betul.

Lampu landasan itu pertama kali digunakan secara operasi semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2023.

Lampu itu tidak dipasang ke tanah, dan ia boleh dialihkan.

Walaupun kemungkinan tertendang secara tidak sengaja, lampu itu boleh dikembalikan ke kedudukan asalnya dan terus berfungsi kerana ia tahan digilis kenderaan.

Kepingan tanda anak panah pemantul LED juga akan dipasang oleh polis di kawasan Marina Bay, dan menampilkan lampu berkelip untuk mengarahkan orang ramai.

Papan tanda yang menunjuk stesen MRT di kawasan itu, dan menasihati orang ramai mengenai lencongan, akan diterangi dengan lampu LED polis, jika ia terletak di tempat gelap.

Kira-kira 600 anggota polis dijangka ditempatkan di kawasan itu semasa acara tersebut.

Para pegawai akan dilengkapi dengan kamera yang dipakai pada badan yang mula diperkenalkan pada 2015.

Timbalan Superintenden Polis (DSP), Cik Esther Koh, selaku ketua operasi di Divisyen Central, berkata rakaman secara langsung daripada kamera itu akan meningkatkan keupayaan polis membuat pertimbangan.

Beliau berkata: “Polis akan meningkatkan kehadiran kami di sana (kawasan Marina Bay) untuk memastikan keselamatan dan keamanan orang ramai.

“Orang ramai yang ingin ke Marina Bay juga dinasihatkan untuk meninjau peta secara langsung Crowd@MarinaBay untuk mengetahui keadaan kesesakan orang ramai dan kawasan yang ditutup di pelbagai tempat bagi menyaksikan pertunjukan bunga api.”

Peta itu pernah digunakan semasa acara sambutan tahun baru 2023 dan kini telah dikemas kini dengan menambah lebih banyak ciri.


Ini termasuk menunjukkan betapa sesaknya keadaan di stesen MRT di kawasan itu, menunjukkan tempat-tempat menunggu pengangkutan dan penunjuk yang lebih jelas untuk pengguna mencari jalan keluar dan masuk dari pelbagai lokasi.


Orang ramai boleh mengakses peta Crowd@MarinaBay di https://go.gov.sg/crowd-at-marine-bay, atau dengan mengimbas kod QR pada papan tanda di kawasan Marina Bay pada 31 Disember.

Peta akan tersedia selepas jam 7 malam itu.


Pada Malam Tahun Baru pada 2022, polis menggunakan dron dan ini juga akan digunakan semula pada 31 Disember ini.


Polis menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa perayaan malam Tahun Baru.


Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang orang atau aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri di 1800-2626-473 atau polis di 999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >