Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pancaran bunga api di tujuh lokasi rai tahun baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pancaran bunga api di tujuh lokasi rai tahun baru

Persatuan Rakyat: Sebanyak 28 acara sambut kedatangan 2024 dianjurkan di akar umbi serata negara
Dec 22, 2023 | 05:12 PM



Lebih 70,000 penduduk di seluruh negara dijangka menyambut kedatangan Tahun Baru menerusi beberapa siri sambutan yang diadakan di peringkat akar umbi.

Dalam satu kenyataan pada 22 Disember, Persatuan Rakyat (PA) mengumumkan sebanyak 28 acara sambutan akan dianjurkan, menawarkan pelbagai kegiatan yang disesuaikan untuk penduduk Singapura dari semua lapisan masyarakat.

Sambutan tersebut dianjurkan Pertubuhan Akar Umbi (GRO) PA dan bakal berlangsung dari 30 hingga 31 Disember.

Ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dengan keluarga, rakan dan jiran mereka, sambil memupuk semangat kemasyarakatan yang bersatu selain berkongsi aspirasi mereka untuk 2024, menurut PA.

Sambutan tahun baru di Our Tampines Hub (OTH) pula dilanjutkan sehari lagi sehingga 1 Januari 2024. Ia akan menampilkan pelbagai kegiatan mesra keluarga seperti permainan papan raksasa dan bengkel berkaitan eko.

Rangkaian Penduduk Farrer Leedon pula akan menganjurkan acara ‘Paw-Ty Akhir Tahun’ untuk pemilik haiwan peliharaan, lengkap dengan pertandingan pakaian terbaik untuk haiwan peliharaan mereka.

Pada 31 Disember, pesta akhir tahun akan diadakan di beberapa kawasan kejiranan, termasuk One Punggol dan Marine Parade. Penduduk boleh menikmati beberapa kegiatan antaranya seperti disko senyap, karnival sukan dan persembahan pelbagai budaya.

GRO GRC Nee Soon akan menganjurkan pesta akhir tahun sulung mereka dengan persembahan oleh artis tempatan, manakala Keat Hong akan mempersembahkan pertunjukan fesyen yang menonjolkan pakaian tradisional yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Tujuh lokasi di Singapura telah dikenal pasti bagi pertunjukkan bunga api, kata PA. Kawasan ini adalah: 

  • Tampines, Our Tampines Hub
  • Boon Lay, Block 215 Boon Lay
  • Marsiling, Woodlands Stadium
  • Nee Soon, Futsal Arena @ Yishun
  • Keat Hong, Keat Hong Square 
  • MacPherson, gelanggang di luar Kelab Masyarakat MacPherson 
  • Marine Parade, Block 46 Marine Crescent

Penduduk boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang acara ini daripada Kelab Masyarakat, Jawatankuasa Penduduk, Jawatankuasa Kejiranan dan Rangkaian Penduduk berdekatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >