Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sangka suami main kayu tiga, rupanya kaki masjid

Jan 26, 2024 | 6:48 PM
SANGKAAN MELESET: Sangkaan si isteri bahawa suami berselingkuh sama sekali tidak tepat selepas hasil siasatan Penyiasat Peribadi mendapati si suami keluar rumah untuk melaksanakan solat lima waktu di masjid.
SANGKAAN MELESET: Sangkaan si isteri bahawa suami berselingkuh sama sekali tidak tepat selepas hasil siasatan Penyiasat Peribadi mendapati si suami keluar rumah untuk melaksanakan solat lima waktu di masjid. - Foto ST

Nekad membuktikan suami curang, seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an mendapatkan khidmat penyiasat peribadi (PI) untuk mengekori si suami setelah lelaki itu kerap keluar dan jarang duduk di rumah.

Setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan, PI melakukan pemantauan selama dua hari dengan mengekori pergerakan suami dan lokasi yang dikunjungi.

Setelah tempoh tersebut, pihak PI tidak mendapati sebarang tanda-tanda atau tindakan berlakunya perselingkuhan kerana si suami tidak berinteraksi dengan mana-mana wanita.

Malah, seringkali si suami akan ke masjid untuk melaksanakan solat lima waktu.

PI yang terlibat kemudian cuba meleraikan rasa curiga si isteri dengan mengemukakan gambar-gambar yang diambil sepanjang tempoh pemantauan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg