Bayangkan sarang lebah hinggap dalam flat HDB anda.
Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga yang tinggal di Ang Mo Kio.
Dalam satu video yang tular di Tiktok oleh Beekeeper Singapore, ia menunjukkan kawasan sidai pakaian di belakang dapur mereka penuh dengan lebah.
Video itu menunjukkan sarang lebah di bingkai jendela tempat sidai pakaian dalam sebuah flat di kawasan Ang Mo Kio.
Ia menambah pemilik flat telah menggunakan perkhidmatan syarikat Nutrinest untuk menyemak dan menasihatkan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Difahamkan daripada video, pemilik rumah telah menghubungi Majlis Bandaran Ang Mo Kio untuk dapatkan bantuan tetapi hal sedemikian dikatakan “di luar jangkauan” majlis tersebut.
Wakil syarikat itu menyatakan dalam video untuk membiarkan sarang lebah itu dahulu kerana terdapat kemungkinan lebah-lebah itu tidak akan hinggap secara kekal.
Tambah wakil syarikat itu, lebah tersebut akan meninggalkan tempat itu dengan sendirinya.
Dinyatakan lagi bahawa selepas beberapa hari, pemilik flat memilih untuk menempatkan semula sarang lebah itu.
Berita Harian (BH) telah menghubungi syarikat Nutrinest untuk maklumat lanjut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg