Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sasar 30,000 bahagian daging korban untuk Indonesia, Kemboja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBADAHSG PTE LTD

Sasar 30,000 bahagian daging korban untuk Indonesia, Kemboja

May 10, 2024 | 05:30 AM



IbadahSg melaksanakan ibadah korban di luar negara seperti di Indonesia dan Kemboja kerana ingin berkongsi rezeki dengan fakir miskin di kampung-kampung pedalaman yang hanya merasakan daging korban setahun sekali sahaja.

“Kenapa kami lebih fokus kepada saudara Islam kita yang berada di Indonesia dan Kemboja, kerana mereka paling memerlukan. Disebabkan faktor ekonomi yang kurang mampu ada yang berpendapatan sebulan hanya $20 sahaja,” jelas Presiden IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen, yang sudah 18 tahun berpengalaman melaksanakan ibadah korban.

IbadahSg telah dipercayai dengan hasil kerja kebajikan dan kemasyarakatan di dalam dan di luar negara seperti Indonesia, Kemboja, Arab Saudi dan Malaysia. Di Indonesia, IbadahSg telah berkembang di pelbagai wilayah seperti Jawa Timur, Jawa Barat, Jawa Tengah, Sumatera Utara hingga Kalimantan.

Tahun 2024 ini, IbadahSg menyasarkan sebanyak 30,000 bahagian daging korban di seluruh Indonesia dan Kemboja. Penerima daging korban adalah daripada golongan fakir miskin, rumah anak-anak yatim, pesantren-pesantren dan ibu-ibu tunggal.

“Dan tahun ini, kali pertama IbadahSg akan menyalurkan daging korban dan wakaf Al-Quran kepada mualaf di Bali, Indonesia – seramai 1,000 orang,” kongsi Ustaz Firdaus.

Bagi penerima, selain mendapat daging korban, mereka juga akan diberi beras sebanyak 2 kilogram, serta yang di pesantren, mereka mendapat Al-Quran yang telah diwakafkan. Bagi anak-anak yatim, IbadahSg juga memberikan habuan Hari Raya seperti baju dan duit Raya.

Dari segi pelaksanaan, para penyembelih mempunyai sijil daripada Majlis Ugama Indonesia (MUI) dan pasukan terlibat dalam proses penyembelihan ini sudah terlatih.

IbadahSg akan memberikan sijil dan dua keping gambar korban sebelum dan selepas sembelih sebagai bukti amanah korban dilaksanakan dengan baik kepada peserta korban. IbadahSg juga akan kongsikan video agihan daging korban kepada penerima melalui WhatsApp.

Pada tahun 2024 ini, IbadahSg menawarkan dua kambing korban dengan harga promosi $320 dan tiga kambing korban dengan harga $459 selagi bekalan masih ada.

Bagi yang menempah kambing korban sebanyak 10 ekor, IbadahSg akan menghadiahkan 5 liter air zamzam.

Jika berminat melaksanakan ibadah korban bersama IbadahSg, sila hubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen di talian 8339-3012 dan Encik Mohd Noh di talian 8399-7390.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >