Topik diikuti
Pergi ke BHkuSebanyak 4,000 naskhah BH kompak diedar percuma di 40 masjid pada 17 April
Sebanyak 4,000 naskhah BH kompak diedar percuma di 40 masjid pada 17 April
Pengedaran ini juga akan diadakan semasa solat Jumaat pada 15 Mei dan juga semasa solat Hari Raya Haji pada 27 Mei
Sebanyak 4,000 naskhah BH kompak diedar percuma di 40 masjid pada 17 April
Encik Akmal Dani Suhaimi, seorang Pakar Teknologi Maklumat (IT) berusia 32 tahun, teruja menerima naskhah Berita Harian (BH) kompak yang baru secara percuma di Masjid Khalid.
Masjid Khalid adalah antara 40 masjid di seluruh Singapura yang mengedarkan naskhah BH kompak yang dilancarkan pada 24 Mac lalu, bermula pada solat Jumaat 17 April.
Setiap masjid mengedarkan 100 naskhah BH kepada jemaah, selagi stok masih ada.
Pengedaran ini juga akan diadakan semasa solat Jumaat pada 15 Mei dan juga semasa solat Hari Raya Haji pada 27 Mei.
Secara keseluruhannya, sebanyak 12,000 naskhah BH akan sampai kepada pembaca dalam tempoh tiga hari tersebut.
Masjid-masjid lain yang turut mengedarkan BH secara percuma termasuklah Masjid Darul Aman di Eunos, Masjid Al-Falah, Masjid Sultan, dan Masjid An-Nur di Admiralty.
Jemaah yang ditemui BH menghargai inisiatif ini, menyambut baik bentuknya yang kompak, yang menjadikannya lebih mudah dibawa dan dibaca di mana-mana sahaja, serta kandungannya yang menarik perhatian pembaca dari setiap lapisan masyarakat.
