Empat dekad dan terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. Demi menawarkan pengalaman haji yang memudahkan jemaah, Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd, bukan sahaja menyediakan pakej haji dengan harga kompetitif malah turut mengutamakan keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang akan sentiasa dijaga baik oleh pegawai syarikat ini.
“Kami layan jemaah macam keluarga sendiri dan jika anda sudah meningkat usia dan perlukan bantuan, kami akan berusaha keras untuk membantu kerana anda adalah keluarga kami. Kami pasti, akan membantu dengan senyuman! Anak-anak boleh lungsuri platform sosial media TikTok kami. Lihat layanan haji 2024 kami demi rasa terjamin,” ujar Pengarah Urusan Hahnemann Travel, Ustaz Ahmad Hahnemann Abdul Kadir.
Dengan itu, ahli keluarga tidak perlu risau kerana Ustaz Ahmad memberi jaminan bahawa pegawai berdedikasinya akan menjaga dan memberikan yang terbaik kepada ibu bapa mereka semasa mereka berjauhan khususnya di tanah suci.
Tambahnya, “Dengan hotel lima bintang yang dekat dengan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, jemaah dapat memaksimumkan masa dan keselesaan untuk solat lima waktu yang merupakan salah satu daripada matlamat utama di sana nanti.”
Hotel yang dimaksudkan ialah Hotel Jumeirah yang lebih kurang 50 meter dari Masjidil Haram dan Hotel Dar Al-Taqwa dan Oberoi di Madinah yang lebih kurang 20 meter dari Masjid Nabawi.
Untuk keselesaan, jemaah akan diterbangkan melalui syarikat Saudi Airlines, syarikat penerbangan ternama dengan tempat duduk yang luas dan selesa. Jemaah juga akan menaiki kereta api laju untuk semua pakej yang disediakan.
Hahnemann Travel juga menyediakan penjagaan perubatan sunah dengan mereka menggunakan cara perubatan semula jadi dan organik bagi penjagaan tubuh yang lebih baik dan agar kekal sihat. Ini bagi membantu jemaah segera sembuh sebagaimana dianjurkan Nabi saw. Sebagai contoh, mereka menggunakan garam laut asli, atau celtic salt, untuk menghidratkan badan.
Bakal jemaah akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ahmad dan Ustaz Jazair Jummat yang sangat berpengalaman dengan memberi panduan kepada jemaah haji dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Hahnemann Travel merupakan sebuah syarikat yang boleh dipercayai dan berwibawa sejak 1983 dengan pimpinan Ustaz Ahmad, Allahyarhamha Ustazah Chik S. Othman dan Allahyarham Ustaz Osman Jantan. Dengan 41 tahun pengalaman, ia memberi jaminan kepada jemaah-jemaah serta keluarga yang tidak dapat ikuti sama.
Dengan perkhidmatan yang menyeluruh ini, Hahnemann Travel tetap menawarkan harga yang dimampui.
“Kami sentiasa mengekalkan harga yang paling berpatutan walaupun dengan hotel bermutu tinggi kerana misi kami adalah memastikan setiap umat Islam dapat menunaikan rukun haji,” jelas Ustaz Ahmad.
Pakej haji Hahnemann Travel bermula dari $11,990 untuk seorang (untuk empat orang sebilik) selama 18 hari, atau pakej bermula daripada $15,490 seorang (untuk dua orang sebilik) selama 25 hari.
* Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 6749-1131 atau WhatsApp ke talian 9775-2605.
* Kunjungi pejabat Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd di Paya Lebar Square, #12-42, (bersebelahan stesen MRT Paya Lebar; EW8).
* Layari laman www.HahnemannTravel.com.sg


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg