Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sedia mendaki gunung pada usia 50-an tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedia mendaki gunung pada usia 50-an tahun

Pakar fisioterapi, Cik Pratiti Kaji, 52 tahun, gemar terlibat dalam kegiatan senaman untuk memastikan dirinya kekal aktif dan antaranya, pernah mendaki Kawah Ijen. Beliau berharap dapat terus menggalakkan warga emas untuk kekal aktif menerusi rawatan fisioterapi.
Mar 26, 2024 | 12:00 PM



Istilah ‘tidak’ tidak pernah berada dalam kehidupan Cik Pratiti Kaji, 52 tahun yang sentiasa terbuka untuk mempelajari perkara baru.

Lantaran itu, Cik Kaji, pengurus pemulihan yang memikul tugas sebagai pakar fisioterapi di rumah jagaan Lions Home For The Elders, berasa bangga apabila beliau berjaya mendaki Kawah Ijen dan Gunung Bromo di Indonesia baru-baru ini.

“Ia lebih sukar untuk mendaki Kawah Ijen berbanding Gunung Bromo tetapi saya rasa ia satu pencapaian buat saya kerana saya perlu menaiki gunung dan saya mendapati bahawa saya boleh melakukannya dengan agak baik,” kata Cik Kaji, ibu kepada dua anak dewasa berusia 22 dan 25 tahun.

Cik Kaji mula mencuba mendaki gunung di luar negara seperti Gunung Sapa di Vietnam dan sebuah gunung d Manali, India, sekitar tujuh tahun lalu pada 2016 selepas beliau menyertai komuniti pendaki gunung, Trekkers@heart, menerusi laman Facebook, di mana anggota komuniti itu juga gemar melakukan senaman luaran.

Pengalaman itu meningkatkan daya keyakinan Cik Kaji terhadap keadaan kecergasannya walaupun beliau kian meningkat usia dan percaya amalan senamannya telah membantu memberinya kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Menurut Cik Kaji, beliau bersenam sebanyak enam hari seminggu, bermula dengan berjalan pada setiap pagi sebelum beliau ke tempat tugas; mempunyai sesi latihan peribadi bersama seorang jurulatih dua kali seminggu; dan menyertai kelas senaman lain seperti yoga atau pilates.

Melakukan pelbagai kegiatan senaman adalah antara cara Cik Kaji memastikan dirinya aktif.

“Dengan mengalami gaya hidup aktif, saya berasa bertenaga dan berpeluang mencuba perkara baru. Saya juga berpeluang berkenalan dengan orang lain dan menjalin persahabatan baru,” kata Cik Kaji.

Lebih penting lagi, Cik Kaji yang sudah bekerja di rumah jagaan Lions Home For The Elders selama 20 tahun, di mana beliau membantu merawati warga emas, sedar betapa pentingnya untuk kekal cergas dan sihat kian beliau meningkat usia.

“Apabila seseorang cergas dan aktif, ia membolehkan anda hidup berdikari dari segi pergerakan fizikal dan juga minda. Ini membuat anda menikmati kehidupan pada usia tua,” kata Cik Kaji.

Justeru, biarpun Cik Kaji masih belum mempunyai rancangan untuk bersara pada masa dekat, beliau sudah merancang untuk terus meluangkan masa membantu warga emas selepas beliau bersara.

“Apabila tiba masanya saya bersara, saya mahu mengurangkan masa saya bekerja dan meluangkan lebih masa mengembara dan mendaki gunung. Tetapi, saya masih mahu terus menyumbang bakti sebagai relawan dan membantu warga emas dengan kepakaran saya,” kata Cik Kaji.

Menurut pemerhatian Cik Kaji, warga emas hari ini mempunyai minda lebih terbuka dan sedia mencuba perkara baru seperti menggunakan alat robot semasa melakukan rawatan fisioterapi. Mereka juga mempunyai lebih maklumat tentang misalnya, keadaan kesihatan mereka dan tahu rawatan jenis apa yang mereka inginkan.

Lantaran itu, Cik Kaji juga selalu menggalakkan warga emas di rumah jagaan Lions Home For The Elders untuk mencuba senaman atau rawatan baru.

“Apabila kita cuba perkara baru, ia buat kita ghairah dan mempunyai sifat ingin tahu. Ini baik untuk minda kita. Oleh itu, saya sedia mencuba apa sahaja dengan dorongan kuat daripada suami dan anak-anak saya. Kata mereka, ‘belum cuba, belum tahu dan usia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk menerokai perkara baru’,” kata Cik Kaji.

Untuk mengetahui  kisah-kisah penuaan yang boleh dijadikan inspirasi, ikuti @ifeelyoungsg di Instagram dan I Feel Young SG di Facebook.

Siri ini adalah satu daya usaha di bawah Pelan Tindakan untuk Penuaan Berjaya 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >