Salah satu perkara yang menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah adalah tempat penginapan yang selesa.
Tempat berehat yang selesa memainkan peranan penting dalam membantu mereka mengerjakan ibadah haji atau umrah dengan lebih aman serta mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
Kedudukan penginapan yang tidak jauh dari tempat rukun haji atau ibadah umrah juga memberikan kelebihan, memudahkan jemaah berjalan kaki tanpa berasa terlalu penat.
Atas keprihatinan ini, Hagel Travel and Tours Pte Ltd, telah memilih bangunan apartmen yang lebih selesa di kawasan Shisha, Makkah, untuk jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji bersama mereka pada 2025.
Pengarah Hagel Travel and Tours, Syed Agil Syed Hamid Alkaff, semasa dihubungi berkata bangunan apartmen berusia kira-kira 10 tahun itu berdekatan dengan kawasan Mina dan tempat melontar.
‘‘Alhamdulillah, berkat doa serta dorongan sekalian jemaah haji tahun 2024 ini, kami dapat bangunan apartmen yang lebih baik ini untuk jemaah. Semoga jemaah tahun 2025 dapat menikmati suasana lebih baik daripada sebelumnya,’’ kata Syed Agil.
Terdahulu beliau melahirkan rasa syukur kerana Hagel Travel & Tours telah menyediakan khidmat haji dan umrah yang baik kepada jemaah.
Beliau berpuas hati dapat menumpukan sebahagian besar kehidupannya membantu jemaah menyempurnakan hajat mereka menunaikan haji dan umrah.
Baginya, khidmat terbaik adalah perkara utama.
Syed Agil berkata beliau menekankan dalam membaiki kemudahan seperti tempat tinggal dan pengangkutan demi membantu jemaah haji atau umrah menumpukan perhatian kepada ibadah mereka di tanah suci.
‘‘Pendekatan ini meningkatkan mutu pengalaman kerohanian dan menambah nilai urusan haji atau umrah mereka,’’ katanya.
Sepanjang menguruskan khidmat haji dan umrah, syarikatnya telah menunjukkan komitmen yang teguh demi memberikan pengalaman yang indah dan bererti kepada setiap anggota jemaah.
‘‘Usaha kami bukan hanya memberi sokongan kepada kesejahteraan rohani jemaah, malah mewujudkan rasa kemasyarakatan dan perpaduan antara mereka melalui pengalaman yang mengesankan ini,’’ katanya.
Hubungi talian 6744-1711, e-mel kepada sales@hageltravel.com atau layari laman web, www.hageltravel.com untuk mendapatkan maklumat pakej haji dengan lebih terperinci.
Kunjungi cawangan Hagel Travel & Tours Pte Ltd di alamat 4A Jalan Pisang Singapura 199071.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg