Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sediakan payung sebelum hujan...

Aug 2, 2024 | 10:00 AM
Hujan petir pada lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari akan memberi kelegaan dalam separuh pertama Ogos.
Hujan petir pada lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari akan memberi kelegaan dalam separuh pertama Ogos. - Foto fail

Hujan akan turun lagi pada separuh pertama Ogos, selepas Singapura mengalami musim kering selama 18 hari.

Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata dalam ramalan dua minggu pada 1 Ogos bahawa hujan petir pada 31 Julai menamatkan musim kering pertama Singapura dalam tempoh hampir lima tahun.

Musim kering ditakrifkan sebagai tempoh sekurang-kurangnya 15 hari berturut-turut dengan kadar hujan harian dianggarkan kurang daripada satu milimeter (mm), dengan purata dicatit di serata pulau berdasarkan rekod jangka panjang, menurut MSS, sebuah unit di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Menurut The Straits Times (ST) musim kering terakhir yang direkodkan di sini berlaku pada 2019 dan berlangsung selama 17 hari, dari 31 Julai hingga 16 Ogos.

Pada separuh kedua Julai, suhu maksimum harian di Singapura berjulat antara 32.8 darjah Celsius dengan 35.2 darjah Celsius, manakala malam agak panas dengan suhu minimum harian melebihi 28 darjah Celsius, di kebanyakan bahagian pulau ini.

Hujan petir di pelbagai kawasan pada lewat pagi dan tengah hari pada kebanyakan hari dijangka memberi kelegaan pada separuh pertama Ogos, akibat daripada musim monsun barat daya.

Pada satu atau dua pagi, ribut Sumatera boleh membawa hujan lebat dan angin kencang. Sistem cuaca ialah barisan ribut petir yang bergerak ke arah Singapura selepas terbentuk di pulau Sumatera atau Selat Melaka.

Kadar hujan untuk dua minggu pertama pada Ogos diramalkan hampir purata di kebanyakan bahagian pulau ini.

Suhu maksimum harian dalam tempoh ini berkemungkinan berjulat antara 32 darjah Celsius dengan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Beberapa malam mungkin hangat dan lembap, dengan suhu kekal melebihi 28 darjah Celsius.

Banyak kawasan di seluruh pulau mencatatkan hujan turun di bawah purata pada separuh kedua Julai.

Kadar hujan tertinggi bagi separuh kedua bulan itu berlaku semasa hujan petir pada 31 Julai, dengan kadar hujan harian yang direkodkan di Buona Vista mencecah 55.8 mm.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg