Sekilas COS MOT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas COS MOT

Mar 4, 2026 | 7:16 PM

Sekilas COS MOT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bermula 1 Januari 2027, lori berpagar tidak akan lagi dibenarkan bagi pengangkutan pekerja disebabkan terdapat risiko keselamatan. Namun, lori sedemikian masih boleh digunakan untuk membawa barangan dan peralatan.
Bermula 1 Januari 2027, lori berpagar tidak akan lagi dibenarkan bagi pengangkutan pekerja disebabkan terdapat risiko keselamatan. Namun, lori sedemikian masih boleh digunakan untuk membawa barangan dan peralatan. - Foto MOT

Lori berpagar diharamkan bawa pekerja mulai 1 Jan 2027

Bermula 1 Januari 2027, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengharamkan pengangkutan pekerja menggunakan lori berpagar.

Keputusan tersebut diambil demi keselamatan pekerja dan dibuat berikutan pendekatan dengan pelbagai rakan kongsi industri serta badan bukan pemerintah (NGO).

MOT berkata dalam keadaan kecemasan seperti apabila berlakunya kemalangan jalan raya, lori berpagar boleh menimbulkan risiko yang lebih tinggi kepada pekerja.

Ini kerana pekerja boleh terperangkap di dalam lori tersebut dan sukar keluar untuk menyelamatkan diri.

Syarikat yang gagal mematuhi peraturan baru ini bermula 1 Januari 2027 boleh dikenakan hukuman.

Namun, syarikat boleh terus menggunakan lori berpagar untuk pengangkutan barangan dan peralatan, jelas MOT dan LTA.

Dana baru bantu karyawan maritim pertingkat keupayaan di persada global

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) akan memperkenal Dana Kelompok Kelautan-Giliran Global (MCF-GR) untuk membiayai bersama penempatan pengurus pertengahan setempat di luar negara apabila mereka mengambil peranan penyeliaan serantau atau global.

Peranan sedemikian menyediakan karyawan kelautan dengan pendedahan lebih luas kepada operasi antarabangsa sambil membangunkan keupayaan kepimpinan mereka dalam persekitaran pelbagai budaya.

Selain itu, MPA juga akan memperkemas keperluan skim Dana Kelompok Kelautan-Pengurusan Bersekutu (MCF-MA) untuk memudahkan syarikat menyertai skim tersebut dan membiayai bersama program pembangunan kerjaya pekerja.

Melalui skim yang dipertingkatkan ini, karyawan muda boleh menjalani penggiliran berstruktur merentasi pelbagai peranan komersial dan operasi untuk membina pemahaman lebih luas tentang rantaian nilai maritim dan membolehkan perkembangan kerjaya mereka.

Sekitar 8% penumpang NEL beralih dari waktu sibuk pagi sejak pelancaran MRT percuma

Sekitar 8 peratus pengguna Laluan Timur Laut (NEL) telah beralih daripada waktu sibuk pagi (antara 7.30 pagi dengan 9 pagi) sejak pelancaran perjalanan kereta api percuma di luar waktu tersebut serta program Travel Smart Journeys (TSJ) yang dipertingkat pada 27 Disember 2025.

Penyertaan dalam TSJ juga telah meningkat lebih seganda dalam tempoh sama.

Di bawah program itu, penumpang yang menggunakan mana-mana enam stesen NEL antara Stesen Punggol Coast dengan Stesen Kovan, atau mana-mana stesen LRT Sengkang-Punggol (SPLRT), sebelum 7.30 pagi atau antara 9 pagi dengan 9.45 pagi pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum), akan menikmati perjalanan percuma untuk perjalanan kereta api pertama dalam perjalanan tersebut.

Secara purata, sekitar 2,100 penumpang meraih manfaat daripada program tersebut setiap hari, dengan 1,600 penumpang menerima diskaun bagi perjalanan bas sebelum atau selepas perjalanan kereta api percuma mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg