Topik diikuti
Pergi ke BHkuSekilas sejarah Politeknik S’pura
Perjalanan Politeknik Singapura sejak mula hingga kini
Sekilas sejarah Politeknik S’pura
Politeknik Singapura (SP) telah melakar pelbagai pencapaian dalam tempoh lebih tujuh dekad sejak ia ditubuhkan. Ini merangkumi usaha melahirkan pegawai laut berkaliber, menerajui perkembangan teknologi, memupuk teknologi hijau dan kemampanan alam sekitar, hinggalah menggiatkan pembelajaran sepanjang hayat.
Berikut adalah antara beberapa pencapaian Politeknik Singapura (SP) sejak permulaannya sehingga ke hari ini:
1954: SP ditubuh sebagai politeknik pertama di Singapura, Asia Tenggara
- SP secara rasmi menjadi politeknik pertama di Singapura dan juga yang terawal di Asia Tenggara.
- Penubuhannya digalas dengan tanggungjawab untuk menyediakan pengajian, latihan dan penyelidikan dalam bidang teknologi, sains, perdagangan serta seni.
1957: SP perkenal kursus latihan maritim
- SP mengambil alih pengendalian kelas navigasi daripada Insititut Pelayar di Connell House, Anson Road.
- Matlamat utamanya adalah untuk menerap keupayaan dan kemahiran asas dalam pegawai laut untuk berkhidmat sebagai kapten dalam industri maritim.
- Seiring dengan peredaran masa, skop latihan tersebut telah diperluas untuk merangkumi bidang kejuruteraan dan perniagaan maritim.
1958: Kohort pertama SP dibentuk seramai 2,800
- 2,800 pelajar dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan reka bentuk, sains dan teknologi, pendidikan umum serta perniagaan.
1959: Pembukaan rasmi Kampus Prince Edward Road
1961: 192 lulusan SP dalam majlis kelulusan pertama yang diadakan di Victoria Theatre
1970-an: Perluasan SP ke tiga kampus, iaitu Prince Edward Road, Ayer Rajah Road dan kampus sementara Princess Mary di Dover Road susulan permintaan teknisyen yang meningkat.
1978: Pembinaan Kampus Dover Road siap; program Pendidikan & Latihan Berterusan (CET) untuk alumni turut dilancar.
1988: Pelajar sepenuh masa matang mula diterima oleh SP
1990-an: Beberapa pencapaian teknologi
- Kerjasama dengan Perkhidmatan Bas Trans Island untuk menukar suai bas daripada minyak diesel kepada kuasa elektrik
- Jawatankuasa Hijau untuk menggalak kesedaran dan usaha mengenai persekitaran dan kemampanan
- Kereta Tenaga Solar yang berlumba sepanjang jarak lebih 3,000km di World Solar Challenge di Australia (1999)
2000: SP tubuh Akademi Maritim Singapura. Jadi institut tempatan pertama mulakan pembelajaran dalam talian
- Akademi tersebut dilengkapi teknologi canggih mengikut peredaran zaman bagi meningkatkan mutu pembelajaran para pelajar.
2000-2010
- Stesen MRT Dover sebelah kampus SP dibuka
- SP lancar Pusat Sumber dan Inovasi Makanan (FIRC)
- SP melengkapi kampus dengan lebih ciri-ciri hijau
- SP jadi politeknik pertama memenangi Anugerah Alam Sekitar Presiden atas sumbangan hijau dan usaha mendampingi masyarakat dalam aspek kemampanan.
2015: SP sokong inisiatif nasional SkillsFuture dengan memperluaskan program pengajian sambil bekerja serta laluan pembiayaan bagi pembelajaran sepanjang hayat
2018: SP hasilkan lulusan ke-200,000, diiktiraf sebagai 15 institut utama di dunia bagi bidang kejuruteraan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT)
2020 - SP lancar rangka pendidikan baharu
2023 - Kemampanan jadi teras model pendidikan SP
2024: SP lahir lebih 230,000 alumni
2026: SP kini tawar lebih 400 program CET serta 170 kursus diploma berbanding sekitar 30 kursus diploma pada 1958