Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 200 pindah keluar selepas unit terbakar di EC Sengkang

Feb 26, 2024 | 8:00 PM
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai satu kebakaran pada 25 Februari sekitar 9.15 malam di Blok 13 EC Bellewaters yang terletak di Anchorvale Crescent, Sengkang.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai satu kebakaran pada 25 Februari sekitar 9.15 malam di Blok 13 EC Bellewaters yang terletak di Anchorvale Crescent, Sengkang. - Foto fail

Sekitar 200 orang bergegas menyelamatkan diri dari blok kondominium eksekutif (EC) di Sengkang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah unit tingkat 13 pada 25 Februari.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 9.15 malam di Blok 13 EC Bellewaters yang terletak di Anchorvale Crescent.

“Kebakaran melibatkan tilam di balkoni sebuah unit di tingkat 13,” menurut SCDF sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST).

Ia menambah bahawa bilik tidur yang bersambung dengan balkoni itu rosak akibat haba dan asap daripada api tersebut.

Satu video kebakaran yang tular di wadah media sosial Xiaohongshu pada 25 Februari, menunjukkan api dan kepulan asap tebal menyelubungi dari flat itu.

Turut kelihatan bara api jatuh dari balkoni.

Anggota bomba berusaha memadamkan api dan menyelamatkan penduduk sejurus ketibaan mereka, menurut SCDF.

Sekitar 200 orang berpindah keluar dari blok yang terjejas sebelum SCDF tiba.

SCDF menambah, seorang mengalami luka kecil di kepala selepas terjatuh di tingkat bawah dan dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKGH) sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kebakaran masih disiasat.

“SCDF difahamkan beberapa orang awam cuba memasuki unit yang terjejas dan cuba memadamkan api sebelum SCDF tiba,” menurut agensi penyelamat itu, sambil menambah ia akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan atas tindakan dan semangat awam mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg