Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kebakaran di sebuah flat Hougang, tiada kecederaan dilaporkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di sebuah flat Hougang, tiada kecederaan dilaporkan

Dec 29, 2023 | 07:02 PM



Walaupun unit flat di atas rumah Cik Chow, 46 tahun, sedang menjalani kerja pengubahsuaian yang bising, beliau masih dapat mendengar jeritan kuat sekitar 12 tengah hari pada 29 Disember.

Beliau pun keluar dari rumahnya dan mendapati satu kebakaran berlaku di sebuah flat blok tetangga di Hougang.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kebakaran di tingkat 10 Blok 552, Hougang Street 51 itu sekitar 11.15 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang melibatkan kandungan bilik tidur itu, kata SCDF.

Seorang penduduk dari unit yang terjejas telah berpindah sebelum ketibaan SCDF.

Pihak polis juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan 20 penduduk dari blok itu.

Apabila The Straits Times (ST) tiba di tempat kejadian itu sekitar 12.30 tengah hari, pihak polis sudah mengepung akses ke unit yang terjejas.

Dinding bilik tidur dan di luar unit itu diliputi jelaga sementara serpihan dan pakaian berselerak di atas lantai.

Sekitar 12.45 tengah hari, penduduk dari blok yang terjejas itu dibenarkan pulang ke flat masing-masing kecuali mereka yang tinggal di tingkat 10.

Kontraktor renovasi, Encik Alex Lim, 49 tahun, sedang bekerja di flat di tingkat 11 sekitar 10 pagi. Beliau menuju keluar setelah mencium bau terbakar.

Apabila berdepan dengan pemandangan asap yang berkepul-kepul ke atas, beliau bergegas memberitahu jiran-jiran dan membantu membawa semua orang turun tangga.

Cik Lim, yang enggan memberi nama penuhnya, memberitahu ST bahawa beliau tidak mengetahui tentang kebakaran tersebut sehingga neneknya pulang setelah mendengar tentang kebakaran itu ketika beliau sedang membeli makan tengahari.

“Kami hanya berdua di rumah, walaupun ibu bapa dan abang saya tinggal bersama kami. Mereka agak terkejut apabila saya memberitahu mereka mengenai kebakaran itu dan bimbang akan keselamatan kami,” kata pelajar universiti berusia 22 tahun itu yang tinggal di tingkat 12.

Punca kebakaran sedang disiasat, kata SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >