Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sekitar 20,000 isi rumah yang terima sokongan ComCare tidak menetap di rumah sewa awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 20,000 isi rumah yang terima sokongan ComCare tidak menetap di rumah sewa awam

Apr 02, 2024 | 06:44 PM



Sekitar separuh daripada isi rumah yang menerima sokongan ComCare pada 2022 dan 2023 tidak menetap di perumahan sewa awam.

Jumlah itu dianggarkan melibatkan sekitar 20,000 isi rumah di sini, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, di Parlimen pada 2 April.

“Ramai dalam kalangan mereka menerima Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana, dan mungkin mengalami kesukaran sementara,” tambahnya.

Encik Chua berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen (AP), Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) tentang bilangan keluarga yang telah menerima sokongan ComCare dalam tempoh 24 bulan lalu yang tidak tinggal di perumahan sewa awam.

Dalam pada itu, Encik Chua juga berkata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memperluaskan dan menawarkan program ComLink+ kepada keluarga berpendapatan rendah yang tidak tinggal di perumahan sewa awam.

Mereka ini, bagaimanapun, layak untuk program KidSTART atau Rangkaian Masyarakat Uplift (Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga) dengan matlamat mencapai 3,000 isi rumah sewa dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini seperti yang telah diumumkan sewaktu Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementerian tersebut pada Mac 2024.

Buat masa ini, hanya mereka yang tinggal di flat sewa HDB bersubsidi tinggi yang layak.

Pada masa ini, ComLink+ dimanfaatkan sekitar 10,000 keluarga di flat sewa awam.

“Seperti keluarga ComLink+ yang lain, keluarga ini boleh ditawarkan Pakej Kemajuan ComLink+ jika mereka mengambil langkah aktif ke arah mendapatkan masa depan yang lebih baik.

“ComLink+ mencerminkan keazaman masyarakat dan niat baik untuk meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah kami dan memastikan tiada siapa yang ketinggalan semasa Singapura bergerak maju.

“Fokus MSF semasa merintis program ini selama tiga tahun adalah untuk memastikan kami menterjemahkan niat kepada keputusan yang konkrit dan ketara untuk keluarga.

“Hanya selepas itu barulah kami akan mempertimbangkan jika ComLink+ perlu diperluaskan lagi untuk meliputi kumpulan keluarga berpendapatan rendah yang lain,” kata Encik Chua.

ComLink+ merupakan program yang menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah, terikat dengan empat syarat atau “pakej kemajuan” termasuk mendapat pekerjaan yang stabil, mendaftarkan kanak-kanak di prasekolah, membayar hutang dan menabung untuk membeli rumah.

Skim ComLink+ baru diumumkan pada November 2023 sebagai sebahagian laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore (FSG), untuk membantu keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak.


MSF telah memperuntukkan $250 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk ComLink+.

Di bawah skim ComLink+ baru, keluarga berpendapatan rendah akan mendapat tokokan $500 sekali sahaja ke Akaun Pembangunan Anak (CDA) anak mereka apabila mereka mencapai usia tiga tahun, dan ini boleh digunakan untuk membayar yuran prasekolah, dari separuh kedua 2024.

Di samping itu, mereka yang berusia antara tiga dengan enam tahun akan mendapat tokokan CDA $200 setiap tiga bulan jika mereka menghadiri prasekolah dengan kerap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >