Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 745 kanak-kanak lahir luar nikah setiap tahun sepanjang lima tahun lalu

Oct 15, 2025 | 9:30 PM
Di bawah Akta Legitimasi 1934, seorang anak yang ibu bapanya tidak berkahwin secara sah antara satu sama lain semasa anak itu dilahirkan, dianggap tidak sah. 
Di bawah Akta Legitimasi 1934, seorang anak yang ibu bapanya tidak berkahwin secara sah antara satu sama lain semasa anak itu dilahirkan, dianggap tidak sah.  - Foto fail

Dianggarkan sekitar 745 kanak-kanak dilahirkan di luar nikah setiap tahun oleh ibu warga Singapura di sini dari 2020 hingga 2024.

Dalam satu jawapan bertulis Parlimen pada 15 Oktober, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata daripada kumpulan kanak-kanak ini, 12 daripada mereka kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa kandung mereka dalam tempoh lima tahun yang sama.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Encik Fadli Fawzi (Aljunied GRC), yang telah bertanyakan tentang data ini.

Encik Fadli juga bertanya tentang rancangan pemerintah, jika ada, bagi mengurangkan stigma yang menyelubungi anak luar nikah.

Di bawah Akta Legitimasi 1934, seorang anak yang ibu bapanya tidak berkahwin secara sah antara satu sama lain semasa anak itu dilahirkan, dianggap tidak sah, lapor The Straits Times.

Ia kekal sedemikian melainkan ibu bapa kemudiannya berkahwin atau mengambil anak angkat itu.

Encik Masagos berkata pemerintah tidak membezakan faedah yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Singapura berdasarkan status perkahwinan ibu bapa mereka.

Faedah ini termasuk subsidi untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan penjagaan bayi, serta konsesi levi pembantu rumah migran.

Ibu bapa bujang yang belum berkahwin tidak perlu mengambil anak angkat sendiri untuk melayakkan diri mendapat faedah pemerintah ini, katanya.

Encik Masagos berkata: “Setiap kanak-kanak, tanpa mengira status perkahwinan ibu bapa mereka, berhak untuk dihargai, disokong dan diberi peluang yang sama untuk berkembang maju.”

“Pemerintah akur bahawa anak-anak kepada ibu bapa tunggal yang belum berkahwin mungkin menghadapi stigma dan komited untuk memupuk masyarakat yang inklusif dan penyayang.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg