Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seks bawah umur: Lelaki 17 tahun didakwa hasut tanam mayat bayi

Jun 23, 2023 | 6:18 PM
BERSUBAHAT: Remaja lelaki itu didakwa bersubahat dengan seorang perempuan, yang ketika itu berusia 16 tahun, untuk menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu secara rahsia.
BERSUBAHAT: Remaja lelaki itu didakwa bersubahat dengan seorang perempuan, yang ketika itu berusia 16 tahun, untuk menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu secara rahsia. - Foto ST

Seorang pelajar berusia 17 tahun daripada sebuah sekolah popular di Singapura telah didakwa membantu seorang remaja perempuan menanam mayat seorang bayi.

Dia juga dihadapkan dengan satu tuduhan berasingan melakukan penetrasi seksual ke atas seorang budak bawah umur.

Identiti pihak terlibat tidak boleh didedahkan.

Pelajar itu didakwa pada Jumaat kerana bersubahat dengan seorang remaja perempuan, yang ketika itu berusia 16 tahun, untuk menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu secara rahsia.

Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa menghasut gadis itu supaya menyembunyikan kelahiran tersebut dengan menanam mayat itu di halaman depan sebuah lokasi yang tidak didedahkan pada 10 Jun 2021.

Dia didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 15 tahun di sebuah flat HDB pada Julai 2020.

Menurut peguamnya, pelajar tersebut masih belajar di sekolah itu dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 7 Ogos.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, atau dikenakan kedua-dua hukuman kerana bersubahat menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara rahsia.

Dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau dirotan bagi kesalahan melakukan penetrasi seksual ke atas seorang budak bawah umur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg