Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semarak Raya dengan lampu lap-lip di koridor sendiri, jiran

Apr 8, 2024 | 6:14 PM
Tiap-tiap tahun, Encik Azmi Mohamed dan isterinya, Cik Nurahzia Abdulrahim, meneruskan tradisi yang dimulakan bapa dan ibunya, Encik Mohamed Tahir dan Cik Haminah Neemat, menghiasi rumah dan koridor rumah mereka di Serangoon Avenue 4 dengan lampu lap-lip bagi menambah kemeriahan Lebaran.
Tiap-tiap tahun, Encik Azmi Mohamed dan isterinya, Cik Nurahzia Abdulrahim, meneruskan tradisi yang dimulakan bapa dan ibunya, Encik Mohamed Tahir dan Cik Haminah Neemat, menghiasi rumah dan koridor rumah mereka di Serangoon Avenue 4 dengan lampu lap-lip bagi menambah kemeriahan Lebaran. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sejak tinggal di Choa Chu Kang Avenue 5 tujuh tahun lalu, menjadi kebiasaan Encik Muhamad Faizal Ramlan memeriahkan lagi suasana Hari Raya dengan memasang lampu lap-lip dan perhiasan di tingkap dan koridornya dan jirannya.

Beliau, 43 tahun, ingin keceriaan beraya siap dengan warna-warninya dinikmati mereka bersama.

Menurut Encik Faizal, beliau mula merancang perhiasan bagi koridor flat yang dikongsi bersama seorang jirannya pada minggu pertama Ramadan.

Pada minggu kedua, beliau membuat contoh reka bentuk lampu dan perhiasan dan kemudian memasangnya.

Jiran sebelah Encik Faizal tidak memasang lampu lap-lipnya sendiri, tetapi tidak keberatan berkongsi ruang itu untuk diperindakan bapa tiga anak itu.

Lampu lap-lip dan perhiasan lain itu sedikit sebanyak menghidupkan lagi suasana Hari Raya, bukan untuk beliau sekeluarga, bahkan blok tersebut, ujar Encik Faizal.

Di Serangoon Avenue 4, setiap tahun tidak dapat tidak Encik Azmi Mohamed memastikan semangat Hari Raya menyinari sekitaran rumah orang tuanya dari pertengahan Ramadan hingga Hari Raya Haji.

Menurut Encik Azmi, dahulu beliau dan jiran Melayunya bersama-sama menghiasi koridor flat mereka dengan lampu lap-lip dan hiasan lain, namun kini beliau sahaja meneruskan tradisi itu, dibantu isterinya yang membuat ketupat hiasan menggunakan reben.

Tradisi itu dimulakan Ibu bapa Encik Azmi, Encik Mohamed Tahir, 72 tahun, dan Cik Haminah Neemat, 68 tahun, yang memasang lampu lap-lip walaupun sekadar “janji ada lampu sahaja”.

Encik Azmi berkata amalan itu sangat digemarinya kerana ia membuat beliau dan keluarganya gembira dan teruja untuk meluarkan kemeriahan Lebaran.

Walaupun hiasan di koridor rumahnya kelihatan begitu meriah, beliau tidak mengeluarkan banyak belanja kerana beliau “mengitar semula hiasan tahun sebelumnya untuk tahun seterusnya”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg