Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

‘Tak Hari Raya kalau rumah tidak dihiasi dengan lampu lap-lip’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Tak Hari Raya kalau rumah tidak dihiasi dengan lampu lap-lip’

Apr 08, 2024 | 02:09 PM



Bagi Encik Muhamad Faizal Ramlan, 43 tahun, bukan Hari Raya kalau tiada perhiasan lampu lap-lip.

Beliau, yang menetap di Sunshine Gardens, Choa Chu Kang Avenue 5, telah membesar dengan melihat bapanya memasang lampu lap-lip di koridor flat pada tahun-tahun 80-an.

Sepanjang tujuh tahun sejak beliau menetap di situ telah menjadi kebiasaan bagi Encik Muhamad Faizal untuk memeriahkan lagi suasana Hari Raya dengan memasang perhiasan di tingkapnya, yang keceriaan warna-warninya boleh dinikmati jiran-jirannya.

Beliau akan memasangnya pada minggu pertama atau kedua Ramadan, dan perhiasan itu akan kekal sehingga akhir Syawal.

Ketika ditanya tentang makna di sebalik lampu lap-lip, beliau berkongsi dengan Berita Harian (BH):


“Trend memasang lampu lap-lip kini cenderung kepada yang jenis lampu LED. Saya lebih suka perhiasan yang tradisional, jadi saya akan menambah hiasan reben ketupat dan bunga manggar sekali.

“Saya melihat lampu lap-lip ini sebagai satu warisan berharga yang harus kita lestarikan.”

Encik Muhamad Faizal, yang juga merupakan seorang askar sepenuh masa bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menitik beratkan persiapan rapi dan teliti.

Beliau turut berkata bahawa beliau mula menghiasi koridor flatnya yang dikongsi bersama seorang lagi jiran pada minggu pertama Ramadan 2024.

Minggu kedua pula dihabiskan dengan membuat mock-up atau contoh reka bentuk lampu dan perhiasan sebelum beliau memasangnya dengan teliti.


Apabila BH mengunjungi koridornya pada minggu ketiga Ramadan, dilihat Encik Muhamad Faizal telah memasang lebih separuh daripada lampu lap-lip – bermula dari kawasan luar lif hinggalah ke sekeliling koridornya.


“Belum selesai lagi tugas saya ni... tahun ini saya ada beli dawai dan saya ingin mereka bentuk masjid dan kemudian melilitkan lampu lap-lip di sekeliling rangka masjid itu untuk ditampal di tingkap saya,” jelasnya sambil tersenyum.

Walaupun jiran bersebelahan tidak memasang lampu mereka sendiri, mereka sudi berkongsi ruang itu bersama Encik Muhamad Faizal, bapa tiga orang anaknya.

Beliau telah berbelanja kira-kira $40 untuk membeli reben ketupat dan bunga manggar di bazar Geylang Serai dan lampu lap-lipnya pula bernilai sekitar $60 yang telah beliau gunakan semula beberapa tahun.

Selain ingin melestarikan tradisi berhias dan memandikan kawasan rumahnya dengan cahaya, beliau juga gemar melayan tetamu dan menjangkakan hampir 100 tetamu akan hadir apabila beliau menganjurkan rumah terbuka Syawal kali ini.

Dengan adanya lampu lap-lip dan perhiasan sampingan lain, Encik Muhamad Faizal berkata beliau sedikit sebanyak dapat menghidupkan lagi suasana Hari Raya, bukan sahaja untuk beliau sekeluarga, tetapi juga menyinari estet perumahannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >