Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seminar belia kongsi tentang bahaya radikalisasi

Feb 12, 2023 | 5:30 AM
PERANAN BELIA: (Dari kiri) Pengerusi IRCC Kembangan-Chai Chee, Encik Fazlur Rahman Kamsani; Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader; Timbalan Pengarah Bahagian Penglibatan, Mendaki, Cik Nur Sharon Mohd Zaini; dan Pengarah Eksekutif, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Mokhsin Salim, di antara ahli panel di seminar menentang keganasan dan ekstremisme pagi semalam. - Foto ST
PERANAN BELIA: (Dari kiri) Pengerusi IRCC Kembangan-Chai Chee, Encik Fazlur Rahman Kamsani; Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader; Timbalan Pengarah Bahagian Penglibatan, Mendaki, Cik Nur Sharon Mohd Zaini; dan Pengarah Eksekutif, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Mokhsin Salim, di antara ahli panel di seminar menentang keganasan dan ekstremisme pagi semalam. - Foto ST -

GOLONGAN belia memainkan peranan penting dalam usaha mengawal radikalisasi dan ekstremisme demi melindungi keamanan dan kestabilan di Singapura.

Mereka harus beritahu para guru, ibu bapa dan pihak berkuasa jika mereka menyedari rakan-rakan sebaya mereka menunjukkan tingkah laku yang dipengaruhi radikalisasi, kata presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader, pagi semalam.

Encik Abdul Halim, yang juga antara pengasas Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG), menambah bahawa kelihatan trend meningkat bagi belia yang menjadi radikal di Singapura.

"Trend sedemikian amat membimbangkan dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menangani masalah itu.

"Jika trend belia dan pelajar yang terlibat dalam ideologi keganasan dan ekstremisme ini berterusan, saya rasa ini akan menimbulkan banyak kesusahan," kata beliau.

Beliau berkata masyarakat perlu sentiasa memainkan peranan aktif untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Singapura.

Encik Abdul Halim berkata demikian di seminar menentang keganasan dan ekstremisme semalam yang dihadiri sekitar 30 para pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.

Acara bertajuk 'Peranan Belia dalam Menentang Ekstremisme dan Mengukuhkan Perpaduan Sosial' itu dianjurkan Taman Bacaan dengan kerjasama ACG dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Ia berlangsung di premis Taman Bacaan di Jalan Damai dan disiarkan secara dalam talian di Facebook.

Antara tema-tema yang diperbincangkan oleh para pelajar bersama ahli panel daripada ACG dan RRG termasuk mengenai peranan media sosial dan apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengelakkan para belia di Singapura daripada menjadi radikal.

Encik Abdul Halim berkata adalah penting bagi ibu bapa dan generasi muda untuk prihatin terhadap anak-anak mereka dan rakan-rakan sebaya.

Mereka juga perlu mengesan tanda-tanda awal yang berlaku secara tiba-tiba seperti anak-anak suka mengasingkan diri atau berkongsi pandangan ekstremisme di media sosial.

Beliau berkata:

"Seperti bagaimana Singapura perlu menangani masalah dadah dulu, kita perlu bekerja sama dengan sekolah-sekolah bagi mengesan dan menangkis radikalisasi dan memberi para pelajar lebih kesedaran tentang bahaya jika mereka terlibat dalam ideologi keganasan dan ekstremisme.

"Saya juga menggesa ibu bapa yang bimbang tentang anak mereka agar tampil mendapatkan bantuan apabila mereka melihat tanda-tanda radikalisasi dan mendekati pihak berkuasa, ACG atau RRG, untuk mendapatkan bantuan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg