Senaman Zumba pupuk gaya hidup sihat di WGS
Jan 15, 2024 | 4:32 PM
Penduduk Geylang kini berpeluang untuk mempertingkatkan rutin senaman mereka dengan program ‘Gerak Budaya Zumba’ yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya pada 14 Januari di Wisma Geylang Serai.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut menghadiri pelancaran program itu bersama 66 peserta yang lain.
Dianjurkan Jalur Budaya Geylang Serai, ia merupakan antara daya usaha memupuk gaya hidup yang aktif dan sihat susulan pandemik Covid-19.
Program ini bakal berlangsung sebulan sekali pada Ahad.
Laporan berkaitan
Peniaga yakin jualan positif walau skala bazar Geylang lebih kecil Jan 13, 2024 | 6:40 PM
Acara di WGS bagi
tarik minat semua dalami warisan MelayuJan 11, 2024 | 3:54 PM

