Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sengketa Suhaimi Yusof dengan pegerai bazar terlerai dengan damai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sengketa Suhaimi Yusof dengan pegerai bazar terlerai dengan damai

Mar 22, 2024 | 06:52 PM



Perselisihan faham antara pelawak Encik Suhaimi Yusof dan pemilik gerai Air Sizzlers by BismiBiryani, Encik Sheik Mohammad, berkesudahan dengan damai.

Dalam satu hantaran oleh mantan Anggota Parlimen, Encik Amrin Amin, pada 24 Mac di Instagram, beliau memuat naik gambarnya bersama Encik Suhaimi dan Encik Sheik.

Hantaran itu menjelaskan kededua individu telah bertemu dan “melupakan kejadian tersebut dan mara sebagai sahabat” dalam sesi bertemu di salah satu kedai kopi di sini.







“Sejujurnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, walaupun dalam kalangan yang terbaik di antara kita. Kita mungkin katakan dan membuat sesuatu tanpa sengaja apabila dibelenggu emosi. Tetapi akal budi mesti diutamakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian susulan kontroversi yang melanda Encik Suhaimi selepas satu video yang dimuat naik oleh akaun BismiBiryani di TikTok pada 19 Mac mendakwa Encik Suhaimi telah membuat kacau ketika mengunjungi gerai air balang dan aiskrim Air Sizzlers by BismiBiryani di Bazaar Raya Utara di Admiralty.

Encik Sheikh, yang tampil dalam video itu, tidak segera menerangkan tarikh kejadian itu tetapi ia berlaku sekitar 6 petang.




@bismibiryani

yeye je nk sedekah, tapi tkde akhlaq dan adat, buat kecoh kat kedai orang, nah free publicity for you, #fypシ゚viral #fyp #fypage #viral #viralvideo #fypsingapore🇸🇬 #fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound - Sizzlers by bismibiryani - Sizzlers by bismibiryani



Beliau mendakwa Encik Suhaimi memotong barisan beratur lalu terus menuju ke hadapan barisan untuk membeli barangan jualan berjumlah $50 atas tujuan bersedekah.

Encik Suhaimi turut dikatakan membawa juruvideo bersamanya apabila mengunjungi gerai beliau.

Dalam video itu, Encik Sheik berkata: “Saya sendiri ambil air (yang telah disiapkan) dan berikan kepada orang (pelanggan). Dia (Suhaimi) menyatakan ‘Ini bukan sedekah, saya ingin orang (pelanggan) pilih air mereka sendiri’.”

Antara lain, beliau turut mendakwa Encik Suhaimi memanggil pekerjanya ‘bodoh’ dan individu sepertinya “tak pernah buat kerja amal”, di samping mengherdik beberapa kakitangan beliau yang bertatu.

Encik Suhaimi telah memuat naik satu respons dalam satu hantaran video di akaun Instagram, Facebook dan TikTok miliknya pada 22 Mac bagi menjelaskan keadaan.







Menurutnya, kejadian tersebut berlaku atas “kesilapan komunikasi kurang jelas”.

“Saya, Suhaimi Yusof, dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf pada pemilik gerai, keluarga, kakitangan serta para pengunjung yang terlibat di atas kejadian yang berpunca dari kesilapan saya berkomunikasi,” kata beliau.

Beliau menerangkan keizinan untuk merakam gerai milik Encik Sheikh telah pun diperoleh terlebih dahulu daripada salah seorang kakitangan gerai.

Kebetulan beliau berada di bazar tersebut bersama juruvideo adalah disebabkan beliau merupakan pengacara bagi bazar itu, katanya.

Jelas Encik Suhaimi, alang-alang sudah berada di sana, beliau mengambil kesempatan untuk mempromosikan barangan dari gerai yang ada di sana.

Dengan jumlah $50, beliau diberitahu bahawa beliau dapat membeli sekitar 14 cawan air.

“Dari sinilah bermula kesilapan komunikasi. Saya (mungkin) gagal terangkan dengan jelas kepada mereka tentang (gaya) perfileman ini,” ujarnya.

Beliau juga rasa kesal apabila disyaki menggunakan perkataan ‘bodoh’, dalam apa yang disifatkannya sebagai sesuatu yang mungkin dikatakan secara tidak sedar atau kedengaran seperti perkataan tersebut.

Mentelah, beliau “sedia terima keadaan itu sebagai kesilapan” diri sendiri dan memohon maaf kepada tenaga kerja sekiranya beliau tersinggung perasaan.

Sambil mengesat air mata, Encik Suhaimi menjelaskan: “Saya minta maaf kepada pelanggan atas kegelisahan. Saya terperangkap dalam kontroversi yang cuba dielakkan.

“Saya akan gunakan maklum balas (yang diterima) untuk memperbaiki diri. Tugas saya adalah untuk buat orang senyum, tetapi saya buat orang sedih dan marah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >