Seni buat songkok warisan kita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seni buat songkok warisan kita

Mar 23, 2026 | 8:17 PM

Seni buat songkok warisan kita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Abdul Wahab Abdullah akur perniagaannya perlu memanfaatkan platform media sosial untuk kekalkan perniagaan warisan songkoknya.
Encik Abdul Wahab Abdullah akur perniagaannya perlu memanfaatkan platform media sosial untuk kekalkan perniagaan warisan songkoknya. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Dahulu pembuat songkok, Encik Abdul Wahab Abdullah sering bersua dan melayan para pelanggan yang mengunjungi kedainya di City Plaza.

Tapi sejak berpindah keluar daripada kedainya itu dan beralih kepada perniagaan dalam talian sepenuhnya, beliau bekerja tanpa dihampiri pelanggan secara fizikal – sebaliknya secara dalam talian.

Meskipun akur antara cabaran peralihan perniagaan adalah penggunaan media sosial, Encik Abdul Wahab berkata ia platform berguna bagi perniagaannya dalam zaman masa kini.

Mujur baginya beliau mempunyai anak yang membantunya dalam kerja pemasaran.

“Kita perlu bergabung antara generasi muda dengan generasi lama. Jadi apa pun kita kena sama-sama,” katanya.

Pemerintah akan merancakkan usaha menyokong dan mempromosi perniagaan warisan menerusi pelbagai daya usaha tahun ini.

Usaha tersebut termasuk satu daftar dalam talian yang menyenaraikan perniagaan warisan, kempen pemasaran bagi menguar-uarkan perniagaan ini, serta sokongan perundingan yang disesuaikan khas untuk membantu perniagaan ini mengatasi cabaran unik mereka.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), seorang jurucakap Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada pelbagai daya usaha pemasaran dan sokongan tersebut pada 2026.

Perniagaan warisan mendapat perhatian baru-baru ini apabila Restoran Pariaman yang berusia 78 tahun mengumumkan penutupannya.

Pemilik perniagaan warisan memberitahu BH mereka menghadapi cabaran seperti kos meningkat, keperluan menyesuaikan diri kepada trend pembelian dalam talian, serta ketiadaan generasi pelapis.

Pembuat songkok veteran Singapura, Encik Abdul Wahab Abdullah, 66 tahun, berpindah keluar dari kedainya di City Plaza dua tahun lalu ke sebuah unit gudang di 3013 Bedok Industrial Park E agar perniagaannya itu boleh dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Buat masa ini, beliau belum lagi menerima sokongan khusus di bawah skim perniagaan warisan, tetapi bersikap terbuka untuk memanfaatkan sokongan sedemikian pada masa depan.

Syarikat pelancongan Halijah Travels pula merupakan 42 perniagaan yang diiktiraf dengan Anugerah Skim Perniagaan Warisan, yang diperkenalkan pada Oktober 2025 untuk menggalakkan orang ramai menghargai nilai budaya mereka.

Pada Januari lalu, syarikat itu melancarkan perkhidmatan pengurusan jenazah sebagai antara cara meluaskan haluan perniagaan bagi berdepan dengan cabaran semasa.

Ikuti laporan lanjut di muka 5 hingga 7.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg