Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan siber UNC3886: Warga perlu peka, bersatu hadapi ancaman

Josephine: Perlu cari keseimbangan pastikan keselamatan operasi dengan tingkatkan kesedaran awam
Jul 19, 2025 | 8:58 PM
josephine teo, k. shanmugam, serangan siber, UNC3386, singapura
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, Josephine Teo menyeru kepada kesedaran rakyat dan kerjasama menyeluruh dalam mempertahan ruang siber negara. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK JOSEPHINE TEO

Rakyat Singapura harus peka tentang ancaman siber yang dihadapi Singapura, termasuk ancaman serangan siber oleh kumpulan penggodam yang canggih seperti UNC3886.

Menerusi laman media sosialnya pada 19 Julai, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, berkata tiada waktu yang benar-benar tepat untuk mendedahkan tentang kejadian seperti itu kepada orang ramai.

“Kita sentiasa perlu mencari keseimbangan antara memastikan keselamatan operasi dengan meningkatkan kesedaran awam, terutamanya apabila operasi sedang terus berlangsung,” ujarnya.

Cik Teo berkata demikian sehari selepas Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, mendedahkan bahawa infrastruktur penting Singapura kini menghadapi serangan siber oleh kumpulan penggodam ancaman lanjut berterusan (APT) yang dipanggil UNC3886.

APT ialah sekumpulan penggodam canggih yang biasanya mencuri maklumat sensitif, mengganggu perkhidmatan penting dan menyerang prasarana penting seperti penjagaan kesihatan, syarikat telekomunikasi dan pengangkutan.

Ia juga lazimnya mempunyai kaitan dengan negara lain dan mempunyai sumber yang lebih luas berbanding penjenayah siber atau penggodam biasa.

Cik Teo berkata adalah penting bagi warga Singapura tahu dari mana datangnya serangan ini dan apa mungkin akibatnya jika ia berjaya.

Beliau berkata:

“Bayangkan jika pelaku ancaman berjaya menjatuhkan mana-mana sistem kritikal kita seperti air, tenaga atau rangkaian telekomunikasi. Kesannya boleh menjadi sangat dahsyat.

“Inilah sebabnya kita mempunyai Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), dan mengapa mereka sentiasa bertungkus-lumus bersama agensi lain untuk memperkukuh pertahanan siber negara.

“Namun, mereka tidak boleh melakukannya bersendirian, usaha ini memerlukan semua pihak. Memandang ke hadapan, kita mengalu-alukan kerjasama kukuh dengan pelbagai entiti, baik di dalam mahupun luar Singapura, untuk memperkasa keupayaan kolektif kita dalam mempertahan ruang siber kita.”

Tambahnya, sokongan warga – dengan memahami ancaman yang dihadapi, serta kekal bersatu, berwaspada dan berpendirian teguh dalam menghadapi sebarang ancaman – adalah penting dalam memastikan masa depan digital yang selamat dan berdaya tahan.

Ketika ditemui media di sisi sebuah acara masyarakat di Chong Pang pada 19 Julai, Encik Shanmugam berkata pemerintah memutuskan untuk menamakan kumpulan penggodam di sebalik serangan siber terhadap Singapura itu kerana warga Singapura harus tahu dari mana ia berasal.

Tambahnya, pihak berkuasa pernah mendedahkan apabila berlakunya insiden serangan siber sebelum ini.

Ini termasuk insiden serangan siber ke atas pangkalan data pesakit SingHealth yang menyebabkan butiran peribadi kira-kira 1.5 juta pesakit – dengan 160,000 daripadanya turut dicuri rekod perubatannya.

“Kami tidak mendedahkan semua insiden yang berlaku. Jumlah insiden yang kami dedahkan jauh lebih kecil berbanding jumlah sebenar serangan dan kami tidak mendedahkannya kerana pertimbangan keselamatan negara dan kepentingan awam.

“Kali ini, penilaian kami ialah kami boleh mendedahkan butiran ini. Apa yang saya kongsi pun hanyalah sedikit maklumat.

“Kami juga yakin siapa pelaku di sebalik serangan ini. Jadi kami rasa adalah wajar untuk mendedahkannya,” ujar Encik Shanmugam.

Semua pihak perlu main peranan

“Bayangkan jika pelaku ancaman berjaya menjatuhkan mana-mana sistem kritikal kita seperti air, tenaga atau rangkaian telekomunikasi. Kesannya boleh menjadi sangat dahsyat. Inilah sebabnya kita mempunyai Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), dan mengapa mereka sentiasa bertungkus-lumus bersama agensi lain untuk memperkukuh pertahanan siber negara. Namun, mereka tidak boleh melakukannya bersendirian, usaha ini memerlukan semua pihak.”
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg