Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serbuan CNB di dormitori: 4 warga asing ditahan bagi kesalahan dadah

Oct 25, 2025 | 4:57 PM
cnb raid, woodlands ave 1, foreign worker dormitory
Seorang suspek pesalah dadah ditahan oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) di sebuah dormitori kediaman berhampiran Woodlands Avenue 1 pada 22 Oktober. - Foto CNB

Seramai empat lelaki warga asing berumur antara 24 tahun hingga 36 tahun telah ditahan oleh pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 22 Oktober atas kesalahan berkaitan dadah.

Satu operasi telah dijalankan di sebuah dormitori pekerja migran di Woodlands Avenue 1 pada pagi 22 Oktober berdasarkan maklumat yang diterima, kata CNB dalam satu kenyataan media pada 25 Oktober, lapor The Straits Times (ST).

Operasi tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 32 tahun atas kesalahan pengedaran dadah.

Tiga lagi lelaki, berumur 24, 30, dan 36 tahun, ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

Siasatan lanjut dijalankan terhadap lelaki-lelaki tersebut dan kawasan kediaman mereka, dan sebanyak 68 gram ganja, 18 gram Ice, 29 biji tablet Yaba serta pelbagai peralatan dadah dirampas.

Pegawai penguat kuasa, Superintenden Royce Chua, berkata: “CNB secara berkala berinteraksi dengan masyarakat, termasuk masyarakat pekerja migran, untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah dan pendirian sifar toleransi Singapura terhadap dadah.”

Beliau menambah CNB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pengedar dan pesalah dadah, dan akan berusaha keras untuk mengesan, menyekat, serta meruntuhkan operasi dadah bagi memastikan keselamatan Singapura.

Siasatan terhadap suspek masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg