Peluang menangi dua pasang tiket ke acara ‘Sneaker Con’ pada 23 dan 24 Februari 2025 dengan menyertai peraduan ‘Sneaker Con’ anjuran jenama golongan muda Berita Harian, @OMGxBH.
Para peserta yang berminat untuk menyertai peraduan ini harus memuat naik gambar atau video kreatif yang mempamerkan koleksi sneaker mereka di laman Instagram.
Pihak penganjur akan memilih lima gambar atau video yang paling kreatif untuk di undi oleh audiens @OMGxBH.
Tiga peserta yang mempunyai jumlah ‘like’ tertinggi bagi gambar atau video mereka akan dipilih sebagai pemenang peraduan ini.
Berikut cara menyertai peraduan:
(1) Ikuti profil Instagram @omgxbh.
(2) Tag @omgxbh dan #omgxbh, #omgxbhsneakercon dalam hantaran anda.
(3) Tag 3 rakan yang anda ingin bawa ke Sneakercon 2025 di dalam ruang komen.
Pemenang akan diumumkan pada Jumaat 31 Januari 2025.
Syarat Rasmi
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat di bawah (“T&Cs”).
Penerangan Peraduan: Peraduan ‘Sneaker Con’ anjuran OMGxBH (Orang Muda Gitew x Berita Harian) akan berlangsung dari 10 hingga 24 Januari 2025. Semasa tempoh peraduan, peserta akan berpeluang kongsi gambar atau video kreatif yang mempamerkan koleksi sneaker mereka di laman Instagram.
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘like’ tertinggi.
Pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2025.
Kelayakan: Peraduan terbuka hanya kepada mereka yang menetap di Singapura. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada masa penyertaan, dan memiliki akaun Instagram peribadi. Kakitangan SPH Media Limited dan syarikat berkaitannya (“Kumpulan SPH”) dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak mengambil bahagian. Hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan untuk setiap peserta. Pemenang hanya boleh menerima satu hadiah.
Hak Cipta: Semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam dan kepada bahan yang diserahkan hendaklah terletak hak sepenuhnya dan mutlak pada SPH Media Limited tanpa pampasan selanjutnya. Setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang, setiap peserta dengan ini mengetepikan hak moralnya dalam dan kepada semua bahan tersebut yang memihak kepada SPH Media Limited. BH berhak untuk menggunakan mana-mana cerita peraduan di akhbar penerbitan kami, laman web dan saluran media sosial dan lain-lain platform yang dimiliki atau dikendalikan oleh SPH Media sebaik sahaja gambar atau video telah dihantar ke peraduan melalui ruang Instagram itu.
Hadiah: Peserta berpeluang memenangi sepasang tiket untuk ke acara Sneaker Con yang berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2025.
Pemenang akan dikehendaki mematuhi terma dan syarat tambahan penaja hadiah tersebut. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik, atau ditukar atau ditebus dengan wang tunai.
BH berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menarik balik, menambah atau mengubah mana-mana hadiah yang ditawarkan tanpa memberitahu peserta.
Pemilihan pemenang, pemberitahuan dan kutipan hadiah: BH akan menghubungi pemenang melalui pesanan langsung Instagram (‘Direct Message’). E-mel pengesahan akan dihantar kepada pemenang seterusnya, dengan disertakan borang pengakuan dan kebenaran. Jika pemenang membenarkan orang lain mengambil hadiah bagi pihak mereka, mereka perlu mengisi borang kebenaran. Pemenang perlu mengemukakan e-mel pengesahan/NRIC kepada di pejabat SPH dan menandatangani Borang Pengakuan sebelum mereka boleh menerima hadiah mereka.
Urusan lain: Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau lain-lain yang dikaitkan dengan Instagram, Inc. Peserta mesti memahami bahawa mereka memberikan maklumat mereka kepada BH dan bukan kepada Instagram. BH berhak untuk mengubah suai peraduan atau mana-mana tarikh atau tarikh akhir yang ditetapkan dalam peraturan rasmi ini atau sebaliknya mengawal peraduan.
Baca terma dan syarat lain: https://www.sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/
Semoga Berjaya!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg