Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH Media, syarikat 04X umum perkongsian strategik di Asia Tenggara

Nov 19, 2024 | 7:40 PM
Sneaker Con Southeast Asia 2025 akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2025 di Marina Bay Sands.
Sneaker Con Southeast Asia 2025 akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2025 di Marina Bay Sands. - Foto SNEAKER CON SEA

O4X, pelopor terkemuka dalam acara gaya hidup dan pembangunan harta intelektual, mengumumkan perkongsian strategik dengan SPH Media, syarikat media bersepadu utama Asia Tenggara.

Kerjasama ini bermula dengan acara ‘Sneaker Con Southeast Asia (SEA) 2025’, yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2025 di Marina Bay Sands.

Ini memulakan perkongsian pertama antara O4X dengan SPH Media dan akan menyediakan akses dan penglibatan yang tiada tandingan merentas spektrum luas khalayak dan medium.

O4X sebuah syarikat yang mengenal pasti, mencipta, membangunkan dan mengkomersialkan peluang dalam dunia media, peristiwa dan kandungan.

SPH Media pula ialah kumpulan media terkemuka, dengan operasi dalam penerbitan akhbar, termasuk Berita Harian dan The Straits Times, majalah dan buku dalam edisi cetak dan digital.

Kerjasama ini mewakili gabungan inovasi acara kreatif dan kepakaran media yang meluas, menggabungkan pendekatan unik O4X dalam acara berbentuk pengalaman dengan keupayaan SPH Media melibatkan khalayak pelbagai.

Dengan bekerjasama, kedua-dua pertubuhan berhasrat menetapkan penanda aras baru untuk promosi acara dan penglibatan penonton di seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif The O4 Company, Cik Michele Lee, berkongsi visinya:

“Dengan bergabung tenaga bersama pertubuhan media terkemuka di Asia, kami mahu melibatkan khalayak melalui pelbagai titik sentuh dan platform yang dimiliki oleh SPH Media. Kami sudah mengatur banyak kegiatan untuk peminat kasut ‘sneaker’ dan tidak sabar untuk berkongsi dengan penonton SPH Media di Singapura dan merentasi Asia.”

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Kuek Yu Chuang, berkata: “SPH Media gembira dapat bekerjasama dengan O4X dalam memacu penglibatan lebih baik dengan acara gaya hidup yang bermakna bagi khalayak hari ini.

“Dengan menggabungkan konsep acara inovatif O4X dengan keupayaan media kami, bermula dengan Sneaker Con SEA, kami menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman dinamik berbilang platform yang menghubungkan masyarakat dan meraikan budaya. Kami harapkan kerjasama ini berkembang menjadi hubungan jangka panjang yang memberi kesan.”

Sneaker Con SEA 2025, satu perayaan budaya kasut sneaker, gaya jalanan dan masyarakat, ialah acara gaya hidup pertama di bawah perkongsian O4X dan SPH Media.

Dengan liputan eksklusif, kempen yang menarik seperti ‘Design Your Sneaker’ (Corakkan ‘Sneaker’ Anda), dan kandungan digital yang dipilih susun, kerjasama ini akan meningkatkan pengalaman penonton dan mengukuhkan kehadiran acara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg