Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai sesi perkongsian CEO yang mula kerjaya dari jurutera

Aug 21, 2024 | 10:57 AM
Encik Shahrin akan mengongsi pengalaman beliau menaiki tangga kerjaya serta nasihat kepada golongan muda.
Encik Shahrin akan mengongsi pengalaman beliau menaiki tangga kerjaya serta nasihat kepada golongan muda. - Foto fail

Sedang rakan sebayanya bermain-main selepas sekolah, Encik Shahrin Abdol Salam perlu meluangkan masa semasa di bangku sekolah bagi membersihkan kedai bapanya di Clementi.

Dengan sifatnya yang pemalu dan suka menyendiri, tiada siapa yang menyangka anak muda itu akan menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (Singapura) SingPost satu hari nanti.

Laluan kerjayanya yang cemerlang dari seorang jurutera menjadi seorang CEO akan dikongsi dalam Siri Jauhari keempat anjuran Berita Harian (BH) dan OMGXBH pada 30 Ogos ini.

Ia akan diadakan di kafe (working title) di Maktab Seni LaSalle dari 7.30 hingga 9.30 malam.

Siri itu memberi peluang bagi golongan muda berusia 18-35 tahun mencedok pengalaman dan nasihat tokoh Melayu/Islam yang berjaya di Singapura.

Tokoh Melayu/Islam itu merupakan para pemenang Anugerah Jauhari yang dianjurkan BH sejak 25 tahun lalu bagi mengiktiraf individu yang berjaya dalam sektor masing-masing.

Mantan Presiden Halimah Yacob merupakan tokoh pertama yang diundang bagi Siri Jauhari yang diadakan setiap bulan sejak Mei lalu dengan sokongan unit maklum balas pemerintah, Reach.

Encik Shahrin, yang merupakan pemenang Anugerah Jauhari pada 2023, memulakan kerjaya beliau sebagai jurutera penyelenggaraan dengan SMRT pada 1997.

Apakah rahsia beliau dalam mendaki tangga korporat sehingga menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Laluan Thomson-East Coast (TEL)?

Bagaimanakah pengalaman beliau di Timur Tengah membantunya dalam kerjaya?

Sebelum ini, beliau pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan termasuk Ketua Jurutera, Operasi Rel dalam Penguasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Dubai.

Sejak 1 Mei lalu, Encik Shahrin diumumkan menjadi CEO (Singapura) SingPost  berikutan penstrukturan semula perniagaan yang akan menyaksikan syarikat tersebut menjalani transformasi menjadi sebuah syarikat logistik dalam tempoh tiga tahun.

Apakah cabaran beliau sebagai CEO dalam syarikat baru? Semua ini akan dikongsi dalam sesi itu.

“Sekiranya seorang dapat mengongsi nasihat dan pengalaman kerjaya kepada saya semasa muda, perjalanan kerjaya saya mungkin lebih mudah. Saya bertuah kerana mempunyai orang di sekeliling yang membantu saya. Bagaimana ingin memberikan kesan kepada kerjaya dan masyarakat anda? Sertai saya dalam Siri Jauhari ini,’’ kata Encik Shahrin, 51 tahun, yang juga aktif menyumbang balik melalui kerja-kerja kemasyarakatan.

Untuk mendaftar bagi menghadiri Siri Jauhari, sila klik https://go.gov.sg/omgxbh-30aug. Jamuan makan malam dan ruang solat disediakan. Sesi dikhususkan bagi golongan muda berusia 18-35 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg