Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Setia bersama sebagai suami isteri walau sudah lebih 50 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setia bersama sebagai suami isteri walau sudah lebih 50 tahun

Feb 26, 2024 | 05:24 PM



Setelah 50 tahun berkahwin, sudah tentu pasangan suami isteri telah menempuh pengalaman pahit manis bersama.

Dua pasangan suami isteri berkongsi rahsia rumah tangga mereka kekal selama sekurang-sekurangnya 50 tahun semasa acara Perayaan Perkahwinan Jubli Emas (GJWC) pada 24 Februari di Sands Expo dan Convention Centre.

Acara itu dihadiri Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Cik Jane Ittogi serta Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dianjurkan bersama Majlis Keluarga Sepanjang Hayat, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM), acara itu bertujuan meraikan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sekurang-kurangnya 50 tahun.

Encik Yusoff Mahmud, berusia 79 tahun, dan Cik Khatijah Mahat, berusia 70 tahun, berkongsi bahawa kesetiaan, kepercayaan dan rasa hormat terhadap satu sama lain memainkan peranan penting dalam memastikan perkahwinan mereka berkekalan selama 50 tahun sejak 1973.

Dengan sifat-sifat ini, mereka percaya bahawa mereka boleh tangani apa jua masalah yang mereka hadapi bersama.

Satu lagi pasangan suami isteri yang telah berkekalan selama 54 tahun ialah Encik Omar Abu Bakar, 74 tahun, dan isterinya, Cik Aminah Kechu, berusia 70 tahun. Mereka berkata mereka jarang luahkan perasaan melalui percakapan, tetapi melalui tindakan.

Cik Aminah akan menunjukkan kasih sayangnya terhadap suami dengan memasakkan makanan kegemaran beliau.

Encik Omar pula akan merancang bersama anak-anak dan cucu-cucu untuk mengadakan acara hari lahir isterinya secara mengejut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >