Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Setiausaha Tetap MND Ow Foong Pheng bersara

Loh Ngai Seng ambil alih mulai 1 Apr
Feb 28, 2025 | 8:32 PM
Cik Ow Foong Pheng akan bersara sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan Negara) pada 1 April.
Cik Ow Foong Pheng akan bersara sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan Negara) pada 1 April. - Foto PUBLIC SERVICE DIVISION

Cik Ow Foong Pheng, 61 tahun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan bersara pada 1 April setelah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam. 

Encik Loh Ngai Seng, 53 tahun, bakal Setiausaha Tetap (Pembangunan Negara) akan mengambil tempat Cik Ow mulai 1 April. 

Mengucapkan terima kasih kepada Cik Ow, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Encik Chan Chun Sing, berkata:

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Foong Pheng atas kecemerlangan kepimpinan beliau dan dedikasi selama bertahun-tahun. Sumbangan kepada perkhidmatan awam dan kepada Singapura amat ketara dan berkesan.” 

Cik Ow telah memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1986, dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan. 

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan seterusnya Timbalan Setiausaha di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada tahun 2004. 

Pada 2006, Cik Ow dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JTC Corporation dan telah membantu mewujudkan landskap perindustrian yang lebih dinamik di mana lebih ramai pemaju boleh mengambil bahagian. 

Cik Ow dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Perdagangan dan Perusahaan) pada tahun 2009 dan seterusnya sebagai Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perusahaan) pada 2011.

Beliau menyelia strategi-strategi ekonomi Singapura untuk menyokong penyusunan semula ekonomi menggalakkan pertumbuhan produktiviti dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). 

Kemudian, pada 2016 Cik Ow dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan Negara).

Untuk mengiktiraf sumbangan beliau kepada perkhidmatan awam, Cik Ow telah dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang pada 2023. 

Encik Loh pula telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Pendidikan (MOE) dan MHA sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar) di MOE pada 2008. 

Beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri di MHA pada 2010 dan seterusnya mengambil jawatan Setiausaha Tetap Kedua (Ehwal Dalam Negeri) pada 2016. 

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pengangkutan) pada 2017, sebelum dilantik sebagai bakal Setiausaha Tetap (Pembangunan Negara) pada Disember 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg