SFA: 2 produk snek Milo ditarik balik, mungkin kandung bahan getah
SFA: 2 produk snek Milo ditarik balik, mungkin kandung bahan getah
Dua jenis snek Milo terjejas dalam langkah penarikan balik ini
Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan syarikat Nestle Singapore supaya menarik balik dua kumpulan snek Milo kerana mungkin mengandungi bahan getah.
Langkah penarikan balik snek berkenaan – bagi versi biasa dan bersalut – sedang dijalankan, menurut kenyataan SFA pada 13 Februari.
Ini menyusuli penarikan balik secara sukarela oleh pengilang produk berkenaan di Australia, tambah agensi tersebut.
Berikut adalah dua produk yang terjejas dengan langkah tersebut:
- Nestle Milo Snack Bar (Original), kumpulan 5324TD15 (tarikh luput: 31 Ogos 2026)
- Nestle Milo Snack Bar (Dipped), kumpulan 5322TD15 (tarikh luput: 31 Ogos 2026)
Di bawah Akta Penjualan Makanan, makanan yang diketahui tidak selamat untuk dimakan tidak boleh dijual.
Pengguna yang telah membeli produk terjejas dinasihati agar tidak memakannya, kata SFA.
Tambahnya, mereka yang telah memakan produk tersebut dan mempunyai bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.
Pengguna boleh menghubungi tempat mereka membeli produk itu bagi sebarang pertanyaan.

