Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA arah produk Bibik’s Choice Pepper Chicken Patties ditarik balik

Sep 22, 2023 | 5:19 PM
DITARIK BALIK: Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan pengimport Bibik’s Choice Pepper Chicken Patties, Sin Li-Hin Frozen Food Pte Ltd, untuk tarik balik produk tersebut.
DITARIK BALIK: Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan pengimport Bibik’s Choice Pepper Chicken Patties, Sin Li-Hin Frozen Food Pte Ltd, untuk tarik balik produk tersebut. - Foto FACEBOOK/SFA

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan penarikan balik patti ayam Bibik’s Choice Pepper Chicken Patties kerana mengandungi telur yang tidak diisytiharkan pada label pakej.

Dalam kenyataan media SFA pada Jumaat, telur adalah alergen yang mana ia boleh mengakibatkan reaksi pada individu yang sensitif kepadanya.

Oleh demikian, ia telah mengarahkan pengimportnya, Sin Li-Hin Frozen Food Pte Ltd, untuk menarik balik produk tersebut.

Ia menyatakan penarikan balik produk itu sedang dijalankan.

SFA menyatakan di bawah Peraturan Pemakanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui boleh menyebabkan kehipersensitiviti “mesti diisytiharkan pada label pakej makanan untuk melindungi pengguna dengan alahan pemakanan”.

Telur itu tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada pengguna secara amnya, kecuali bagi mereka yang ada alahan kepada telur atau tidak boleh makan telur.

SFA menambah pengguna yang telah membeli produk terjejas dan mereka yang tidak boleh makan telur atau ada alahan kepada telur untuk tidak memakannya.

“Mereka yang tidak boleh makan atau ada alahan kepada telur dan telah memakan produk terlibat harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka ada kebimbangan tentang kesihatan mereka,” jelas SFA.

Ini bukanlah kali pertama Sin Li-Hin Frozen Food Pte Ltd telah dikenakan tindakan.

Menurut kenyataan media oleh SFA pada Januari 2023, syarikat itu dikenakan denda $40,000 oleh Mahkamah kerana ia gagal mengatur pemeriksaan dan pensijilan oleh SFA, serta menjual konsainan patti ayam beku (diimport pada April 2022) sebelum membuat pemeriksaan.

Berita Harian (BH) telah menghubungi pembuat dan pengedar terbabit bagi perincian lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg