Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA kesan gula-gula ginseng ada kandungan ‘ubat kuat’ berbahaya

Apr 12, 2024 | 3:56 PM
Gula-gula yang mengandungi bahan terlarang, dipasarkan di pelbagai wadah e-dagang, dengan dakwaan ia boleh meningkatkan prestasi seksual lelaki.
Gula-gula yang mengandungi bahan terlarang, dipasarkan di pelbagai wadah e-dagang, dengan dakwaan ia boleh meningkatkan prestasi seksual lelaki. - Foto SFA

Gula-gula Ginseng Kingu didapati dicampur dengan ubat terkawal yang digunakan untuk merawat masalah mati pucuk, kata Agensi Makanan Singapura (SFA), sambil memberi amaran kepada pengguna agar menjauhi produk itu.

Gula-gula yang berasal dari Malaysia itu, mengandungi tadalafil, ubat yang harus diberikan hanya di bawah pengawasan perubatan, kata agensi itu dalam satu kenyataan pada 12 April.

Produk itu dipasarkan di pelbagai wadah e-dagang, dengan dakwaan ia berupaya meningkatkan prestasi seksual lelaki.

SFA telah bekerjasama dengan wadah berkaitan, untuk mengeluarkan produk itu daripada senarai jualan dan telah mengeluarkan amaran kepada penjual masing-masing, supaya berhenti menjual produk tersebut.

Tinjauan oleh The Straits Times (ST) menunjukkan bahawa produk itu tidak boleh didapati di wadah e-dagang tempatan seperti Shopee, Lazada dan Carousell.

SFA turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mengambil makanan yang dibeli daripada sumber yang tidak diketahui atau tidak disahkan serta dapatkan maklumat lanjut sebelum membelinya.

Penggunaan ubat yang tidak wajar boleh meningkatkan risiko kesan buruk, seperti serangan jantung, migrain dan priapism – gangguan yang melibatkan ereksi yang menyakitkan dan terlalu lama.

Tadalafil juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa mereka yang menggunakan ubat bagi jantung, kata agensi itu.

SFA menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil atau membeli produk tersebut.

“Mereka yang telah menggunakan produk yang terlibat dan mempunyai kebimbangan tentang kesihatan mereka, harus mendapatkan nasihat perubatan.”

Mereka yang didapati bersalah menjual dan membekalkan makanan yang tidak selamat dan mengandungi bahan terlarang boleh didenda sehingga $5,000 bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berulang pula, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan didenda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg