Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA tarik balik produk EGO Honey Dates

Jun 2, 2023 | 1:16 PM
DITARIK BALIK: Produk Ego Honey Dates didapati mengandungi tahap sulfur dioksida yang berlebihan.
DITARIK BALIK: Produk Ego Honey Dates didapati mengandungi tahap sulfur dioksida yang berlebihan. - Foto SFA

SATU kelompok produk EGO Honey Dates ditarik balik selepas didapati mengandungi tahap sulfur dioksida yang berlebihan.

Bahan alergen itu, yang tidak diisytiharkan pada pembungkusan makanan, ditemui dalam kelompok pengeluaran produk yang mempunyai tarikh ‘baik sebelum’ 18 November 2024, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat.

Produk tersebut berasal dari China.

SFA mengesan sulfur dioksida pada paras lebih tinggi daripada had maksimum yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

SFA telah mengarahkan pengimport Kee Wee Hup Kee Food Manufacture untuk menarik balik produk tersebut. Langkah menarik balik produk itu sedang dijalankan.

Tahap sulfit yang berlebihan dalam makanan boleh mencetus alahan pada individu yang hipersensitif kepada sulfit. Gejalanya termasuk gatal-gatal, cirit-birit, sakit perut dan muntah.

SFA menasihatkan pengguna yang telah membeli produk terjejas untuk tidak memakannya, dan menggesa individu yang berasa kurang sihat setelah memakan produk itu untuk mendapatkan rawatan.

Menurut peraturan makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi ramuan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan untuk melindungi kesihatan awam.

Semua bahan dalam makanan yang dibungkus juga harus dinyatakan pada label produk mengikut kadar berat bahan tersebut dalam produk, dari yang paling banyak ke paling sedikit, kata SFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg