SG komited 'hidup dengan Covid': Pengerusi bersama MTF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SG komited 'hidup dengan Covid': Pengerusi bersama MTF

Beberapa langkah mungkin dapat dilonggar awal bulan depan jika keadaan terkawal, namun akan bezakan mereka yang telah divaksin dan yang tidak divaksin
Jul 27, 2021 | 5:30 AM

SG komited 'hidup dengan Covid': Pengerusi bersama MTF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
0a6b325b-7f20-4e8e-aab8-fd81e7c6e3f8
-

SINGAPURA tetap komited untuk mencapai kehidupan normal dan hidup dengan Covid-19 walaupun dengan pelaksanaan semula Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) baru-baru ini.

Malah, jika keadaan terkawal, Singapura akan dapat melonggarkan beberapa langkah itu pada awal bulan depan - tetapi akan dibezakan di antara mereka divaksin dan tidak divaksin.

Demikian kata para menteri yang menerajui pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen semalam.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong - semuanya pengerusi bersama MTF - telah membentangkan peta laluan Singapura termasuk dalam memulihkan semula kegiatan ekonomi dan sosial serta menyusun semula protokol penjagaan kesihatan.

Encik Ong memberitahu Parlimen pelaksanaan semula Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkatkan) tidak mengubah rancangan pemerintah untuk menjalani kehidupan normal dengan koronavirus dan menganggap Covid-19 sebagai endemik.

Encik Ong akur timbulnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam apabila langkah diperketatkan semula pada 22 Julai lepas.

"Ada bertanya, adakah pasukan bertindak komited dalam haluan mencapai keadaan normal dan hidup dengan Covid-19?

"Jawapannya sudah tentu. Sebab ini hanyalah caranya untuk warga menjalani kehidupan dan bekerja seperti biasa, dan bagi Singapura berhubungan semula dengan dunia," ujar beliau.

Kata Encik Ong, Singapura tidak akan membuka semula ekonomi secara besar-besaran seperti yang dilakukan di negara lain kerana ada kemungkinan keadaan boleh memburuk semula. Tambahnya, MTF kini sedang membangunkan peta laluan bagi langkah yang akan diambil secara bertahap dalam beberapa bulan mendatang.

Dalam hal ini, Encik Wong berkata MTF akan meneliti semula keadaan jangkitan keseluruhan pada awal Ogos, iaitu tempoh pertengahan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan).

Pada masa itu, menurut Encik Wong, dua pertiga penduduk dan tiga suku mereka berusia 70 tahun ke atas sudah menerima dua dos vaksin.

"Jika kelompok jangkitan terkawal dan kadar kemasukan hospital kekal rendah, kita akan dapat melonggarkan beberapa langkah sekatan.

"Tetapi kelonggaran ini akan dibezakan dan dilanjutkan kepada hanya mereka yang sudah divaksin kerana mereka lebih terlindung daripada kesan virus."

Misalnya, mereka yang mahu makan di restoran atau bersenam di gim harus divaksin sepenuhnya.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Encik Gan berkata perniagaan harus bersedia sedang liputan vaksinasi negara meningkat. Beliau menyarankan agar peniaga membantu pekerja divaksin, menerapkan ujian pantas antigen dalam proses kerja dan meneruskan aturan kerja fleksibel.

Menurutnya, Singapura juga sedang meninjau untuk melonggarkan sekatan sempadan dengan selamat di samping memudahkan pergerakan antarabangsa secara bertahap, dengan negara yang menguruskan pandemik dengan baik.

"Ini adalah langkah penting yang akan membolehkan kita menekankan sekali lagi kedudukan Singapura sebagai sebuah hab perniagaan, pelancongan dan bakat.

"Kami sedang mengusahakan hal ini dengan berhati-hati dan berhubungan dengan negara kerjasama serta akan menyediakan perkembangannya apabila sudah siap nanti," tambah Encik Gan.

DARI PARLIMEN:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg