SG Lebih Sihat: PM Lee, Ho Ching sudah daftar
Cebisan Rapat
Aug 20, 2023 | 10:25 PM
GALAK UNTUK DAFTAR: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isteri, Cik Ho Ching, sudah mendaftar bagi skim SG Lebih Sihat. - Foto fail
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau dan isteri, Cik Ho Ching sudah pun mendaftar untuk skim SG Lebih Sihat.
Beliau menggalakkan warga Singapura yang lain supaya turut mendaftar di bawah skim tersebut yang bertujuan menggalak setiap individu untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, dengan sokongan doktor keluarga dan rakan masyarakat.
Apabila mendaftar, individu boleh mendapatkan pelan kesihatan secara peribadi, termasuk bila untuk menjalani pemeriksaan dan vaksinasi.
Selain preskripsi perubatan, doktor juga boleh memberi preskripsi sosial, termasuk cara menjalani gaya hidup aktif, mengamalkan pemakanan lebih sihat atau berhenti merokok.
Laporan berkaitan
Kos sara hidup, kesihatan antara tumpuan pemerintahAug 20, 2023 | 9:22 PM
Sekitar 185,000 warga daftar di bawah SG Lebih Sihat Aug 13, 2023 | 3:12 PM

