Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SGH perjelas isu lebam di tangan pesakit masa prosedur ambil darah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SGH perjelas isu lebam di tangan pesakit masa prosedur ambil darah

Jan 11, 2024 | 08:05 PM



Hospital Besar Singapura (SGH) telah memberi keterangan terhadap satu aduan diutarakan anggota keluarga seorang pesakit, yang mengalami kecederaan di tangan kirinya selepas seorang doktor yang menjaganya didakwa melakukan suntikan berulang kali hingga ia bengkak.

Dalam satu catatan di Facebook pada 8 Januari, pengguna Cik Teri Tan mendakwa tangan kiri ayahnya kelihatan lebam selepas doktor yang menjaga ayahnya itu dipercayai membuat beberapa suntikan kepadanya.

Cik Tan mendakwa, pada 23 November 2023, beliau mendapati tangan kiri ayahnya mempunyai “beberapa bekas suntikan dan kelihatan lebam serta bengkak”.

Beliau mendakwa pembantu rumahnya melihat kakitangan SGH cuba mengambil darah daripada ayahnya dengan memasukkan dan mengeluarkan penyuntik beberapa kali, seolah mereka sedang mencari tempat yang paling tepat untuk disuntik.

“Rupa-rupanya, ini punca lubang-lubang dan bengkak yang ada pada tangannya,” dakwa Cik Tan lagi.

Pada 2 Disember pula, Cik Tan berkata beliau “terkejut” apabila mendapati tangan kanan ayahnya itu kelihatan penuh dengan lebam dan bengkak.







Beliau mendakwa seorang jururawat staf telah memberitahunya bahawa seorang doktor residen telah menyebabkan lebam dan bengkak itu.

Jururawat itu kemudian memberitahu kepada Cik Tan supaya bertemu dengan doktor tersebut apabila beliau mempunyai masa lapang selepas melawat wad.

Namun 40 minit kemudian, jururawat itu memberitahu Cik Tan, doktor tersebut telah “meninggalkan tempat kerja sebab ia hari Sabtu”.

“Ia jelas doktor residen itu tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang beliau lakukan dan telah meninggalkan hospital itu sebab beliau tahu, saya menantikan satu penjelasan,” dakwa Cik Tan lagi.

Ayah Cik Tan dipercayai meninggal dunia pada 10 Disember, katanya lagi dalam catatan tersebut.

Memberi respons terhadap isu itu, SGH dalam satu kenyataan di Facebook pada 10 Januari, menjelaskan bahawa pesakit warga senja dan mereka yang mengambil beberapa perubatan tertentu, “sering mempunyai kulit rapuh dan urat-urat yang tipis”.







“Ini membuat kerja mengambil darah lebih sukar dan boleh menyebabkan lebam sebab beberapa percubaan mungkin diperlukan meskipun kakitangan kami mahir dalam melaksanakan prosedur itu,” kata Profesor Madya, Dr Loo Chia Min, Pengerusi Divisyen Perubatan SGH.

Apabila Cik Tan meminta untuk berbincang dengan doktor berkenaan pada 2 Disember, doktor itu sudah tamat daripada tugasnya dan telah meninggalkan hospital itu.

Doktor tersebut juga telah menelefon Cik Tan tetapi tidak dapat menghubunginya.

SGH berkata doktor itu menghubungi isteri pesakit tersebut untuk menjelaskan keadaan berkait lebam yang menarik keprihatinan keluarganya.

“Kami menghargai kefahaman isteri pesakit dan menerima penjelasan serta mohon maaf kami atas kekurangan itu,” kata SGH.

Hospital itu juga meminta maaf kerana kehendak keluarga pesakit untuk bercakap dengan seorang doktor kanan tidak disampaikan dengan sebaiknya.

“Kami mahu mengesyorkan kepada Cik Tan dan keluarganya bahawa pesakit itu telah dijaga sepasukan penjagaan yang berpengalaman, dan kerap berhubung dengan isteri pesakit sepanjang tempoh beliau menetap di hospital kami.”

SGH berkata ia juga telah menghubungi Cik Tan dan isteri pesakit secara privet berkaitan perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >