Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shahrin letak jawatan sebagai CEO SingPost S’pura

Feb 3, 2025 | 8:41 PM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam. - Foto fail

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam, telah meletak jawatan pada 3 Februari untuk memberi tumpuan kepada lembaran baru dalam kerjayanya.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas kurang setahun beliau memegang peranan tersebut pada 1 Mei 2024.

Berkongsi demikian kepada Berita Harian (BH) pada 3 Februari, Encik Shahrin berkata beliau ingin meneroka beberapa peluang yang sejajar dengan kepakaran dan semangatnya bagi transformasi dan kecemerlangan organisasi.

“Selepas membuat pertimbangan yang teliti, saya meletakkan jawatan sebagai CEO (Singapura) SingPost untuk meneroka beberapa peluang yang sejajar dengan kepakaran dan semangat saya untuk transformasi dan kecemerlangan organisasi.

“Saya membawa bersama saya lebih daripada 25 tahun pengalaman eksekutif merentas sektor swasta, senarai awam dan pemerintah.

“Dengan latar belakang saya yang luas dalam operasi, kejuruteraan, penyelenggaraan, pengurusan projek dan pengurusan sistem dalam industri kereta api dan logistik yang membentuk tulang belakang untuk mobiliti bandar dan perkhidmatan infrastruktur kritikal, rekod prestasi saya termasuk menyampaikan penyelesaian yang disesuaikan untuk transformasi organisasi, pengurusan strategik dan kecemerlangan operasi merentasi pelbagai industri sejagat,” ujar beliau.

“Saya kekal komited dengan peranan saya sebagai pemimpin akar umbi yang aktif, yang mana saya telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.

“Saya percaya dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang menyokong saya sepanjang perjalanan saya.”

Beliau juga melahirkan rasa syukur di atas pengalaman dan hubungan yang terjalin sepanjang tempoh jawatannya di SingPost.

“Saya komited untuk memastikan peralihan yang lancar dan kesinambungan perniagaan,” kata Encik Shahrin.

Sebelum menyandang jawatan sebagai CEO Singapura, beliau merupakan pengarah urusan bagi Laluan Thomson-East Coast (TEL) SMRT dan mantan naib presiden kanan perhubungan strategik di SMRT Corporation.

Encik Shahrin yang pernah menerima Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2023, merupakan pemimpin akar umbi yang aktif di GRC West Coast, dan telah dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (Pingat Perkhidmatan Awam) pada 2019.

Encik Shahrin juga merupakan wakil daerah dalam Biro Ehwal Melayu (MAB) Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang ditubuhkan pada 1954 untuk mewakili pandangan masyarakat Melayu/Islam kepada kepimpinan parti.

Pengerusi lembaga pengarah SingPost, Encik Simon Israel, berkata:

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya di SingPost, beliau telah menyumbang kepakaran beliau dalam bidang pengangkutan dan infrastruktur untuk membantu memperkemaskan keupayaan rangkaian kami dengan fokus kepada tenaga kerja dan kecemerlangan operasi.”

Garis masa peralihan sedang diusahakan dengan Cik Neo Su Yin, yang telah mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (GCOO) pada 20 Januari, menurut kenyataan yang dikeluarkan SingPost pada 3 Februari.

Cik Neo akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai CEO Singapura selepas pengunduran Encik Shahrin.

Beliau telah menyertai SingPost pada April 2019 sebagai naib presiden bagi jabatan pengalaman pelanggan, sebelum dilantik sebagai CEO Singapura pada November 2021 hingga Mei 2024.

Cik Neo telah memainkan peranan penting dalam tempoh transformasi untuk sistem pos Singapura, menyumbang kepada peningkatan merentasi kawasan operasi utama, termasuk penghantaran jarak jauh, transformasi digital dan pengoptimuman operasi pos, tambah SingPost.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg