Shanmugam kunjungi bilik berita BH
Nov 23, 2023 | 4:42 PM
DATANG MELAWAT: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam (tengah) bersama (dari kiri) Penolong Editor Berita (Media Sosial) BH, Cik Ervina Mohd Jamil; Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; Editor Cetak BH, Encik Puad Ibrahim; dan Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin, sedang melihat kandungan media sosial BH di skrin TV semasa kunjungan Encik Shanmugam ke bilik berita baru BH pada Khamis. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Bilik berita akhbar Berita Harian (BH), yang baru diubah elok, telah menerima kunjungan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, pada Khamis.
Sepanjang lawatan lebih dua jam itu, Encik Shanmugam mengadakan perbincangan mengenai isu semasa bersama kakitangan BH.
Beliau juga mendapat taklimat mengenai usaha transformasi digital BH, yang termasuk menggunakan analitik data dan pendekatan media sosial, semasa lawatan itu.
Pejabat BH yang berwajah baru itu sebelumnya turut menerima kunjungan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad dan mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.
Laporan berkaitan
Zaqy kunjungi BH, rakam podcast #NoTapis dan temui wartawan Nov 8, 2023 | 7:23 PM
BH hargai bakti Puan Halimah Sep 21, 2023 | 7:04 PM

