Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Shanmugam: Masyarakat minoriti di S’pura akan dilindungi sama rata

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Masyarakat minoriti di S’pura akan dilindungi sama rata

Apr 11, 2024 | 08:27 PM



Memelihara undang-undang dan ketenteraman, dan melindungi semua orang menjadi tanggungjawab asas pemerintah, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Ini termasuk kaum minoriti di Singapura seperti masyarakat Islam dan Yahudi sedang ketegangan konflik Israel-Palestin terus meningkat di Gaza.

Encik Shanmugam berkata masyarakat Singapura yang berbilang kaum, dapat hidup dalam suasana lebih aman berbanding banyak negara, hasil daripada rangka kerja undang-undang, ketegasan dalam menguatkuasa undang-undang secara adil serta usaha giat untuk meningkatkan persefahaman antara pelbagai masyarakat.

Encik Shanmugam berkata demikian semasa berucap di acara sambutan sebelum hari Passover anjuran Lembaga Kebajikan Yahudi (JWB) di Pusat Jacob Ballas pada 11 April.

Sambutan itu, yang dihoskan presiden JWB, Encik Nash Benjamin dan ketua rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel, menggariskan usaha berterusan lembaga tersebut untuk menggalak keharmonian agama dan memupuk pemahaman lebih mendalam tentang tradisi dan adat Yahudi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan antara agama di Singapura.

Menjelaskan lebih lanjut, Encik Shanmugam berkata terdapat banyak konflik di dunia termasuk di Gaza, dan kesan kejadian ini lebih ketara di banyak negara sekaligus meningkatkan ketegangan antara masyarakat.

“Mujur, tahap ketegangan dan pergeseran adalah berkurangan (di Singapura) berbanding di kebanyakan tempat lain. Ini kerana dengan adanya rangka kerja undang-undang kita, ketegasan kita dalam memastikan yang kita akan bersikap adil dan menguatkuasa undang-undang secara saksama serta usaha selama bertahun dan terus meningkatkan persefahaman antara pelbagai masyarakat.”

Kata beliau lagi masyarakat Yahudi juga terkesan dengan konflik yang berlaku di Gaza, apatah lagi bila ia menghadapi tuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Menurutnya, ini akan memberi kesan kepada tanggapan terhadap masyarakat Yahudi di seluruh dunia. Justeru pemerintah juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi golongan itu seberapa banyak yang boleh.

Hari Passover, yang bermula pada waktu matahari terbenam pada 22 April, adalah salah satu daripada perayaan Yahudi yang disambut secara meluas bagi memperingati pembebasan golongan itu daripada perhambaan di Mesir lebih tiga ribu tahun lalu.

Lebih 50 tetamu menghadiri acara itu, termasuk pemimpin masyarakat Yahudi setempat dan wakil daripada Pertubuhan Antara Agama (IRO).

Antaranya ialah anggota majlis IRO, presiden Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Ameerali Abdeali; pengerusi Lembaga Penasihat Hindu, Encik Sengkuttuvan Kanniyappan; Gereja Kristian Jurong, Reverend Terry Kee; dan Ervad Rustom Ghadiali, yang mewakili masyarakat Zoroastrian.

Konflik terkini di Gaza tercetus selepas serangan kumpulan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober menyebabkan 1,200 warga Israel maut dan sekitar 250 diculik sebagai tebusan. Serangan balas Israel ke atas Gaza mengorbankan lebih 32,000 warga Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menurut laporan yang diterbitkan Dana Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) pada 6 April.


Dengan konflik berlarutan enam bulan, sekitar 1.7 juta warga Palestin di Gaza pula kini menjadi pelarian dengan sebahagian besar berdepan dengan kebuluran, kata UNFPA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >