Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam sertai majlis berbuka bersama kumpulan kariah di Masjid Khalid

Mar 25, 2024 | 7:53 PM
Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K. Shanmugam (kedua dari kanan) bersama Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla’udin Mohamed (tiga dari kanan) dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (belakang) menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Khalid pada 25 Mac.
Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K. Shanmugam (kedua dari kanan) bersama Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla’udin Mohamed (tiga dari kanan) dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (belakang) menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Khalid pada 25 Mac. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K. Shanmugam, menyertai majlis berbuka puasa bersama kira-kira 110 kumpulan kariah dan tetamu di auditorium Masjid Khalid yang terletak di Joo Chiat Road pada 25 Mac.

Majlis berbuka puasa anjuran Masjid Khalid itu turut dihadiri kumpulan kariah, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman, pengurusan kanan Muis dan Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla’udin Mohamed.

Encik K. Shanmugam menyertai majlis berbuka tersebut untuk beramah mesra, di samping memuji peranan yang dimainkan kumpulan kariah dalam masyarakat.

Ini termasuk kerja sosial, meraih derma dan menganjurkan solat tarawih di kawasan kejiranan masing-masing.

Masjid Khalid yang telah menjalani kerja ubah elok sejak 2019, telah dibuka rasmi oleh Presiden Halimah Yacob dua hari sebelum Syawal 2023.

Setelah menjalani kerja naik taraf yang menelan belanja $7.5 juta, masjid itu kini dapat menampung sehingga 1,750 jemaah berbanding 1,000 orang sebelum ini bersertakan sebuah bangunan Annex empat tingkat bagi mengendali pelbagai acara dan urusan keagamaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg