Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM Lee sertai majlis iftar bersama masyarakat Islam di Masjid Al-Amin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sertai majlis iftar bersama masyarakat Islam di Masjid Al-Amin

Mar 22, 2024 | 08:16 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyertai majlis berbuka puasa bersama kira-kira 450 jemaah dan tetamu di Masjid Al-Amin yang terletak di Telok Blangah pada 22 Mac.

Majlis berbuka puasa anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu turut dihadiri pemimpin masyarakat, lembaga pentadbir masjid dan pemimpin antara agama dari Harmony Circle.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang hadir semasa majlis tersebut berkata beliau amat berterima kasih atas kunjungan Encik Lee yang setiap tahun akan mengambil masa untuk menyertai majlis berbuka puasa di masjid-masjid Singapura.

“Setiap tahun beliau tidak pernah berhenti untuk melawat dan menziarahi masjid, berbuka bersama jemaah. Kali ini beliau berbuka di Masjid Al-Amin yang baru sahaja selesai menjalani kerja naik taraf.

“Saya gembira ramai yang datang bukan hanya sukarelawan yang telah lama berjasa di sini, malah mereka yang dulu pernah menjadi sukarelawan tapi kembali ke masjid untuk nostalgia.

“Mereka merasakan ikatan yang kuat kepada masjid ini,” kata Encik Masagos.

Antara yang hadir juga termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman serta ahli majlis dan pengurusan kanan Muis.

Sebelum majlis berbuka puasa, Encik Lee berkesempatan melawat prasarana baru Masjid Al-Amin dan beramah mesra bersama para sukarelawan dan pemimpin masjid.

Masjid tiga tingkat itu baru sahaja selesai jalani kerja-kerja naik taraf pada Februari 2024.

Pada Mei ini, masjid tersebut bakal menganjurkan Hari Terbuka dan akan menjemput jemaah dan juga penduduk bukan Islam untuk menyertai program-program yang dianjurkan.

Masjid tersebut kini mempunyai dewan solat yang telah diubahsuai dan dewan serbaguna yang berhawa dingin sepenuhnya.

Ia juga mempunyai dua tingkat ruang solat dan boleh menampung lebih 2,500 jemaah lelaki di tingkat dua dan lebih 800 jemaah wanita di tingkat tiga.

Kerja-kerja naik taraf yang baru ini bermula pada awal 2023 selepas masjid tersebut berjaya mengumpul lebih $4 juta.

Lembaga pentadbir masjid, yang mempunyai 13 ahli, dipimpin oleh Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid, Encik Khalid Shukur Bakri, yang juga Penolong Superintendan bagi Daerah Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >